Friday 26 April 2013

Bicaralah biar semua pasti.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

Adakah aku salah dalam tiap yang berlaku sekarang ?
Aku punya masa lalu yang ngeri.
Apa lagi yang menhantuiku jika tidak masa lalu.
Ya Allah, aku terduduk tersungkur atas tiap hikmah yang Kau pamerkan.
Aku lemah,
Kini masa depan menjadi mangsa percaturan dari masa lalu.
Ya Allah, aku lelah memendam tangisan dari hati. Tiada berdaya lagi.
Sekalian makhluk tidak akan memahami peritnya aku melalui liku ini.
Tubuh kian lemah. Ditakuti aku akan terus duduk ditakuk ini selamanya.

Gentar untuk bangkit semula.
Pedih rasanya menahan kesakitan dihati.
Aku pendam segalanya rapi didalam hati biar luar tampak gagah.
Persoalan ; Sampai kapan ? *Tiada jawapan tetap.
Segalan hikmahNya ini menjadikan aku redha.
Redha untuk melihat apa yang bakal terjadi kelak.
Andai jodoh menyebelahi, aku punya masa depam yang aku idam.
Jika tidak, mungkin mengambil masa untuk pulihkan hati ini.
Aku kian memaksa. Maaf dari hati mampu terucap.



Aku masih dibayangi masa lalu.
Tidak tahu bila penamatnya rasa ini.
Aku takut berhadapan khalayak.
Ya Allah, akukah penyebab ? Ya Allah, sebaknya dada !
Kepingin sekali merehatkan diri membawa hati bersantai.
Hati ini letih dirundum pelbagai ujian.
Sukar menjelaskan apa rasanya diri dan hati tika ini.
Sebak, sedih, kecewa, terkilan, ternanti, ragu ragu, khuatir.
Tiada perasaan yang bahagia pada masa ini.
Ya Allah, benar aku tidak tertanggung.

Adakah niat yang suci masa depan juga tidak layak buat aku ?
Satu persatu ujian buat masa depan.
Tiada ruangkah buat aku pada masa depan yang indah indah ?
Tiada peluangkah buat aku untuk menjadi lebih baik pada impian masa depan ?
Nahh ! ini rasaku atas kesalahan orang yang lain. Adilkah buat aku ?
Walau berjuta lembaran ku tulis untuk menghurai rasa hati,
Ia tetap tidak cukup kerana terlalu banyak perasaan sedih bercampur baur.
Terlalu banyak persoalan dalam diri.
Aku rasakan ini tidak adil buat aku jika masa depan bersama tidak tercipta kelak.
Akan aku terus menerus menyalahkan masa lalu yang kejam jika masa depan yang diimpi tidak terukir cantik seperti yang aku ingin dikanvas hidup.



No comments: