Friday 18 October 2013

Dear Mimie.

Dia kawan baik aku.

Lailatulsalmi Bt Samaes.

Esok sabtu.

Dia akan masuk satu fasa baru.

Menjadi tunangan orang.

Dia gila.

Dia kawan sampai mati.

Walaupon tak rapat macam dulu.

In shaa allah.

Moga persahabatan ini utuh sampai bila pun.

Apa segala kerja gila yang pernah kita buat bersama.

Apa segala rasa yang dah kita lalui bersama.

Kita simpan bebaik ye.

Jaga diri.

Yang lepas jadikan pengajaran.

Jangan sedih sedih dah.

In shaa allah dia adalah jodoh terbaik buat kau.

Aku sayang kau.

Iloveyou.

-Atin, Deep♥

Thursday 11 July 2013

Ya Allah, perkenankan.

In the name of Allah the most gracious and most merciful.

Jadikan aku ini manusia kuat.

Kuat tempuh dunia.

Kuat tubuh badan.

Kuat mental.

Kuat hatinya.

Walau badai ribut datang.

Jadikan aku tetap kuat.

Jadikan juga aku ini manusia bersyukur selalu.

Syukur dengan tiap nikmat pinjamanMu.

Jadikan aku ini manusia yang tidak tamak.

Lembutkan hati aku ini.

Lembutkan hati aku ini.

Lembutkan hati aku ini Ya Allah.

Lembutkan hati aku ini hingga Kau tarik semula pinjaman nyawaMu padaku ini.

Berikan kekuatan hidup sepanjang hayatku ini Ya Allah.

Jadikan aku manusia yang cekal, tetap pada tiap pendirian.

Jadikan aku ini manusia yang selalu kotakan segala kata yang diucap.

Jadikan aku ini manusia yang berguna buat manusia lain.

Kuatkan aku ini Ya Allah.

Perkenankan doaku ini.

Hanya padaMu aku mohon segala pertolongan. Aminn.

Wednesday 10 July 2013

Tiada semangat.

In the name of Allah the most gracious and most merciful.

Aku cuma nak tulis.

Walau dengan jarak ini.

Aku bahagia.

Cuma,

Aku ini.

Selalu rindu.

Tiap masa dan waktu.

Tak mampu bendung.

Lama tiada bertentang mata.

Makan bulan.

Sabar itu indah.

Kerana itu aku masih teguh berdiri.

Rindu.

Cuma itu.

Jangan Arjuna risau.

Cinta tetap disini.

Cinta setia nanti.

Datangnya Arjuna kemari.

Pimpin tangan bersama.

Jalani hidup berkeluarga sama sama.

Sama sama kita senyum dan gelak.

Dari permula kenal sampai tuanya kita.

Salam sayang dari hati.

Dari cinta.

Jaga diri.

Salam.

--sambung bergenang airmata.

Monday 8 July 2013

Apa aku?

Aku ini tak boleh bahagiakan orangkah?

Aku ini tak boleh buat orang senyumkah?

Aku ini terlalu jahat untuk dipandangkah?

Aku ini apa untuk dunia?

Aku ini apa dimata manusia?

Aku ini apa?

Apa?

Hati aku macam dikoyak.

Hati aku macam dicincang hingga lumat.

Hati aku ini kuat cemburu.

Aku takut hilang cinta dan sayang yang milik aku.

Aku mahu cakap depan dunia.

Aku ini setia.

Aku ini setia.

Aku ini setia.

Aku jaga hati manusia.

Aku belai hati manusia.

Jika mereka lakukan sama seperti aku.

Aku lakukan sama. Setia.

Cukup mudah.

Heyy hati.

Kenapa terlalu cemburu?

Terasa mahu maki diri sendiri.

Ahhh, maki lagi.

Maki lagi diri sendiri.

Humban diri dalam makian.

Thursday 27 June 2013

Tatapan kedua bulan Jun.

In the name of Allah the most gracious and most merciful

Ini adalah entry bosan.
Ulang suara.
Entry yang amat bosan.
Tiada gambar.
Tiada motif.
Sesi cerita merapu.

Ini entry kedua untuk bulan Jun.
Esok lusa tulat jumpa Julai.
Eh, Julai?
Very very sekejap.
Esok lusa tulat jumpa Ramadhan.

Kerja macam biasa.
Life luar biasa.

Penampilan sikit berubah.
Ada nampak matang sikit.
Walau sikit tetap ada.
Alhamdulillah.
Badan sedang sedang chubby.
Dalam proses hakis lemak degil kat perut.

Tetap gila macam dulu.
Gelak bersepah.
Nangis tanpa sebab.
Bahan manusia suka hati.
Angguk kepala dengar reggae dan musik bingit.

Pemikiran makin luas.
Cuma kadang berkecamuk.
Normal laa kan.

Hati dan perasaan tetap utuh.
Padu buat arjunakasih.

Tahun pertama puasa dengan arjuna.
Alhamdulillah.
Moga tiap tahun merasa bersama.
Ramadhan ini.
Banyak hajat dalam hati.
Harap termakbul jua.

Tulis banyak tiada orang baca.
Tangan mula lenguh.
Jumpa lain kali.
Kalau tangan rajin tulis.

Selamat menjalani ibadah puasa.
Bersungguh dalam ibadat.
Jangan putus doa.
Jangan putus asa.
Tetap teguh.
Banyak zikir dan mengaji.
Sama sama raih pahala. Insyaallah.

Sunday 2 June 2013

Cermin diri.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

Aku cerminkan diri ini,
Aku persoalkan ;

Apa istiemewanya aku ?
Apa kelebihan aku ?
Mana kekurangan aku ?
Mana jeleknya aku ?

Melutut aku disini,
Ku alihkan pandangan biar tak terlihat yang lain,
Apa lagi aku bisa lakukan selain menzahirkan airmata ?


Aku persoalkan lagi ;

Mengapa terlalu lemah saat diuji ?
Mengapa gagal bahagiakan keliling ?

Senyap.
Mungkin memang aku tidak pernah punya kebaikan,
Atau aku juga tidak punya kelebihan,
Ohh mungkin aku tidak layak punya rasa bahagia.

Tuesday 14 May 2013

Buat permata hati.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

Dear permata,
Benar aku masih berharap,
Berharap pada impian untuk bersama kelak.

Dear permata,
Benar aku masih menanti,
Menanti untuk dikotakan segala janji.

Dear permata,
Benar cinta dan kasih sayang ini masih kuat,
Kuat kerana sayang dari hati hanya kita merasa.

Dear permata,
Benar aku akan kuat,
Kuat demi kita pada masa sekarang dan akan datang.

Dear permata,
Benar air mata ini susah untuk dihapuskan,
Sukar kerana memikirkan apa salah diri ini.

Dear permata,
Benar aku akan terus menunggu,
Menunggu kerana ini pinta dari mu wahai permata.

Dear permata,
Benar banyak ujian buat kita,
InsyaAllah ujian ini penguat antara kita.

Dear permata,
Benar impian bisa dicipta bersama yang lain,
Impian bersama permata lebih bermakna,
Bermakna kerana kau mengubah siapa aku yang dulu menjadi seperti sekarang.

Dear permata,
Benar kita menjadi celaru,
Celaru ini diharapkan tidak berpanjangan.

Dear permata,
Benar sungguh benar,
Akan aku nanti kedatangan kau wahai permata,
Kedatangan yang bakal membawa berjuta kasih,
Kasih antara keduanya.

Dear permata,
Benar aku berharap ini semua tidak berpanjangan.
Sungguh aku berharap pada kita,
Harap kau cukup mengerti apa isi hati ini.

Sunday 5 May 2013

Kecewanya aku bukan kepalang.

In the name of Allah the most gracious and most merciful.

Rasa terkilan ini tidak pernah padam.
Entah bila kesudahannya.
Kecewanya aku bukan kepalang.
Tetap diri ini dipandang salah.
Tidak adil ku rasakan.
Khilaf ini bukan aku cipta.
Tapi aku menjadi mangsa.
Sakit ini kalian takkan sesekali mengerti.
Gagahkah aku....?
Kuatkah aku....?
Tipu diri sendiri menjadi kebiasaan.
Biar aku sakit jangan kalian.

Sunday 28 April 2013

Biarkan aku !

Sudah,
Biar aku sendiri rasa sakit.
Biar aku salahkan diri sendiri.
Biar aku rasa sunyi sepi.
Biar aku jadi pendendam.
Biar hati menjadi keras.
Biarkan aku dengan apa tindakan aku.

Muak ! Jemu !
Jangan datang dekat.
Jangan tanggung sakit aku.
Jangan pernah rasa masalah ini.

Jahat,
Ya, benar itu aku !
Aku memang kejam.
Aku memang selfish.
Aku cuma beban buat kalian bukan ?

Aku punca segala hal.
Aku tiada guna pada sesiapa.
Aku tidak layak buat mereka.
Aku kian mendesak dan memaksa.
Aku tiada persefahaman.

Segala tentang aku sangat mengecewakan.
Biar berjuta kebanggaan cuba aku buat,
Sekeliling takkan pernah nampak.

Jika aku lemah,
Jangan pimpin tangan dan biar aku bangkit sendiri.
Terus lihat dan gelakkan dengan tindakan aku biar aku kuat.
Apa aku peduli ?
Tidak sedetik pon kalian akan paham. Tak akan !



Friday 26 April 2013

Bicaralah biar semua pasti.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

Adakah aku salah dalam tiap yang berlaku sekarang ?
Aku punya masa lalu yang ngeri.
Apa lagi yang menhantuiku jika tidak masa lalu.
Ya Allah, aku terduduk tersungkur atas tiap hikmah yang Kau pamerkan.
Aku lemah,
Kini masa depan menjadi mangsa percaturan dari masa lalu.
Ya Allah, aku lelah memendam tangisan dari hati. Tiada berdaya lagi.
Sekalian makhluk tidak akan memahami peritnya aku melalui liku ini.
Tubuh kian lemah. Ditakuti aku akan terus duduk ditakuk ini selamanya.

Gentar untuk bangkit semula.
Pedih rasanya menahan kesakitan dihati.
Aku pendam segalanya rapi didalam hati biar luar tampak gagah.
Persoalan ; Sampai kapan ? *Tiada jawapan tetap.
Segalan hikmahNya ini menjadikan aku redha.
Redha untuk melihat apa yang bakal terjadi kelak.
Andai jodoh menyebelahi, aku punya masa depam yang aku idam.
Jika tidak, mungkin mengambil masa untuk pulihkan hati ini.
Aku kian memaksa. Maaf dari hati mampu terucap.



Aku masih dibayangi masa lalu.
Tidak tahu bila penamatnya rasa ini.
Aku takut berhadapan khalayak.
Ya Allah, akukah penyebab ? Ya Allah, sebaknya dada !
Kepingin sekali merehatkan diri membawa hati bersantai.
Hati ini letih dirundum pelbagai ujian.
Sukar menjelaskan apa rasanya diri dan hati tika ini.
Sebak, sedih, kecewa, terkilan, ternanti, ragu ragu, khuatir.
Tiada perasaan yang bahagia pada masa ini.
Ya Allah, benar aku tidak tertanggung.

Adakah niat yang suci masa depan juga tidak layak buat aku ?
Satu persatu ujian buat masa depan.
Tiada ruangkah buat aku pada masa depan yang indah indah ?
Tiada peluangkah buat aku untuk menjadi lebih baik pada impian masa depan ?
Nahh ! ini rasaku atas kesalahan orang yang lain. Adilkah buat aku ?
Walau berjuta lembaran ku tulis untuk menghurai rasa hati,
Ia tetap tidak cukup kerana terlalu banyak perasaan sedih bercampur baur.
Terlalu banyak persoalan dalam diri.
Aku rasakan ini tidak adil buat aku jika masa depan bersama tidak tercipta kelak.
Akan aku terus menerus menyalahkan masa lalu yang kejam jika masa depan yang diimpi tidak terukir cantik seperti yang aku ingin dikanvas hidup.



Saturday 20 April 2013

Tanya dan jawab balik.

in the name of Allah the most gracious and most merciful



Kejamkah aku ? Selfishkah aku ? Apa mahunya aku ?

Aku tukang tanya dan aku juga mencari solusi sendiri.

Pada saat aku perhalusi tiap jawapan,


Aku dihambat rasa sedih teramat.

Tangis aku cuma sekadar dari hati.

Aku pura pura gagah kerna aku tahu dengan permulaan kepuraan ini,

Disitulah akan aku temui semangat diri.


Aku menjadi tidak selembut dulu semula,


Kerna menahan sakitnya air mata yang diminta dizahirkan dari luar.


Hanya maaf mampu aku ucap walau aku tahu,


Maaf ini sering aku ungkap namun kesalahan sama akan terjadi.


                                                                                                                                                                                           @fatynnfatienn



Thursday 18 April 2013

Kanvas milik KITA.


In the name of Allah the most gracious and most merciful.

Pagi ini indah.
Aku penuhi seluruh hati dengan meresapkan rindu antara kita.
Kesunyian ini kau isikan walau tidak selalu.
Aku cuba paham lagi.
Banyak persamaan antara kita.
Kau suka, aku suka.
Pemikiran kita sama.
Tidak mahu dipisahkan persis cinta si shah jehan dan mumtaz.
Setianya shah jehan terhadap mumtaznya.
Kita juga sama.
Jangan sesekali menjauh.
Sama sama kita kotakan janji dan impian yang kita coret dikanvas perhubungan ini.
Ya Allah, terlalu banyak impian yang aku lakar didalam kanvas kosong milik KITA.
Ingin sekali ianya dicapai bersama.
Bersama kita corak kanvas itu.
Agar ianya ceria seindah pelangi selepas lebatnya hujan.
Kita tulis satu persatu konklusi untuk tiap ujian yang bakal menimpa.
Tabirnya kita penuhi dengan kasih sayang menjadi yang halal.
Tanahnya kita suburi dengan rasa syukur yang tidak putus padaNya.
Kita tanam dengan halalnya pepohon cinta.
Bajai tiap tanaman dengan keletah manja menjadi pasangan suami isteri kelak.
Siraminya dengan perhatian sesama kita.
Kita bina mahligai impian diatas kanvas kosong supaya tampak sempurna.
InsyaAllah. . . . . . . . . . .

@fatynnfatienn

                                                    


Wednesday 17 April 2013

Silence.

In the name of Allah the most gracious and most merciful

Tiada penulisan buat masa ini. Meski banyak terbuku dihati.
Namun hati dan jari enggan bekerjasama.


Thursday 4 April 2013

Teruslah kuat wahai kasih.

In the name of Allah the most gracious and most merciful

Tangis ini kerana takut kehilangan.
Tangis ini kerana ingin awak disisi.
Tangis ini tanda sayang.
Tangis ini tanda cinta yang baru berputik.
Dan aku gagal menahan tangisan ini dari mengalir deras.

Ujian ini menguatkan kita. Teruslah kuat wahai kasih.
Jangan risau, saya akan setia disamping awak.
Tiada apa yang saya pinta.
Teruslah berdiri teguh walau tubuh awak kian lemah longlai.

Pesanan itu akan aku amati.
Sedikit demi sedikit aku akan turuti.

Diri ini kuat demi awak.
Diri ini cuba melakar senyuman walau hati menangis.
Jangan risau, kita tak minta semua ini terjadi.
Ini penguat kasih kita.

Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya.
Dan kita akan terus bersama mengharungi tiap ujian mendatang.
Jangan risau wahai kasih.
Cinta dan kasih ini akan tetap erat.
Kita akan terus capai impian bersama, kan ?


Saya rindukan gelak awak. Tersangat rindu *tears.

Wednesday 20 March 2013

Kenangan dilupus dalam pemikiran yang tak pernah luput.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

Benar kata sekalian manusia
Titis jernih dari hati tidak mampu dilihat oleh mata kasar
Mengapa tika dan saat ini aku terkurung
Terkurung semula didalam jerat perasaan yang curiga
Ahhh, bukan ini pintaku !

Otak semakin berat
Ku lihat keliling kian hambar
Satu persatu kenangan itu terbit kembali
Kakanda berkata kenangan itu mengambil masa untuk lupus
Tapi mengapa ianya makin ligat berlegar diruang pikiran ?

Mengapa aku perlu melalui liku liku ini ?
Aku tidak berdaya untuk berperang dengan rasa rasa yang tidak pasti
Bila semua ini akan berakhir ?
Segeralah menjadi milikku agar ketidakpastian ini terbongkar
Terbongkar dan terus lesap dari ingatan yang tak pernah luput

Aku benci untuk terus berteleku sendiri
Akan aku layani dan ingati tiap kenangan yang pernah tercipta 
Dan ini merimaskan fizikal dan mental aku sebagai manusia yang lemah 
Ya Allah, adakah ini untuk menguji keimananku kepadaMu ?



'' Ujian ini untuk menjadi lebih Matang,
bukan Melemahkan ''

Tuesday 19 March 2013

Buntu kerna si penyuluh.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

Diantara pilihan
Terkadang kita terhanyut
Terhanyut dek perasaan yang tidak pasti
Aku kian resah
Resah menanti jawapan tidak pasti
Segalanya seakan samar tanpa cahaya
Cahaya terang sebagai penyuluh
Penyuluh yang ku sangkakan sinar baru dalam hidup kini
Apakan daya si penyuluh kian menjauh
Menjauh kerana enggan menemani ku disisi

Adakah aku perlu teruskan niat dihati ?
Atau aku perlu menghentikan segala impian dan harapan ?
Aku berteleku sendiri tetapi gagal menemui jalan keluar

Duhai hati,
Hati yang kian mencambahkan rasa sayang
Mengapa engkau seksa perasaan ini ?
Mengapa engkau merelakan ianya terluka menunggu ?
Mengapa dibiarkan ia berperang dengan rasa rindu ?
Ahhh, aku tersesat dijalan buntu

Si penyuluh sukar memahami
Apa tersirat dan tersurat dihati
Dan aku terus meletakkan harapan tinggi
Walau ku tahu akhirnya tidak seperti dijangka

Ya, kini aku senyum pada dunia
Tapi mereka buta melihat kesedihan bermaharajalela dihati
Ya Allah, ku rasakan hati kian remuk
Si penyuluh tetap mengunci hati
Apakan daya
Hanya padaMu aku memohon

Tubuhku seakan lemah berputus asa
Aku gagahi jua kerna dunia ingin aku sentiasa tersenyum
Walau aku masih berkira dengan kehendak hati dan perasaan
Walau aku tidak pernah berhenti memikirkan si penyuluh
Namun aku perlu belajar
Belajar melihat apa mahunya alam pula
Kerna jalan hidup masih jauh dihadapan
Jalan yang lebih mencabar akan aku temui kelak
Pelbagai kemungkinan akan terjadi
Atau aku akan menemui si penyuluh yang lebih setia dan ikhlas
Aku sedang belajar erti berserah ketentuan Illahi
Moga liku ini tidak kelam lagi.


Dedicated ; Kawan kepada kawan.

Wednesday 27 February 2013

Jodoh Allah. InsyaAllah.

in the name of Allah the most gracios and most merciful

Kini aku meniti hari
Meniti hari yang terindah dalam hidup
Hidup yang bakal dibina dengan si pemilik sebenar tulang rusuk kiri ini

Ini masa hadapan. Ini cita cita. Ini juga impian.

Saat hati telah bertaut erat
Menyuarakan hasrat untuk bersama
Memilih haluan untuk ikatan yang halal
Ini apa yang aku impikan Ya Allah !

Memang benar,
Hati lebih tenang jika semua ini direstui

Kini aku sedar
Tiap jatuh bangun dari kegagalan pasti ada peneman setia
 Tiada yang lebih setia disisi melainkan keluarga

Saat si ibu dan ayah tahu apa terbuku dihati anak ini
Mereka tenang mengizinkan pilihan mereka
Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah memudahkan semua hal
Sujud syukur hanya padaMu

Air mata ini mengalir setelah sekian lamanya
Ini air mata kegembiraan
Kebahagiaan yang aku kecapi tidak terhingga
Bersyukur lagi padaMu

Perwatakan ku seakan kanak kanak
Mampukah aku bergelar isteri solehah buat si suami ?
*Perlahan lahan aku kaji diri
InsyaAllah aku mampu dengan bantuan peneman setia lagi

menunggu giliran merasa.
*tears :')

Sunday 10 February 2013

Tak mengerti apa mahunya hati.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

Semakin lama perkenalan ini
Semakin banyak kenangan dicipta
Semakin bercambah rasa sayang
Semakin berputik rasa cinta dari hati
Semakin sukar untuk menghakis perasaan ini
Semakin payah untuk melepaskan pergi
Semakin takut untuk kehilangan
Semakin resah bila berjauhan
Semakin aku tidak mengerti dengan apa mahunya hati dan akal fikiran sendiri


Friday 1 February 2013

Seribu satu hati.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

Aku menulis dari hati
Akal waras terus mengiyakan kata hati
Menulis tanpa rasa hati hati
Kerana ingin mengekspresikan bisikan hati

Siapa kata bicara tiada dari hati ?
Ada saja luahan dari hati ke hati
Dan ada saja isi hati terus disemat dalam lubuk hati
Mengapa dikuburkan ?
* Mereka punya pegangan diri

Aku tetap berteman hati
Meneruskan tiap bicara dengan hati
Jemari lincah merungkai rahsia hati
Dan akan aku biarkan akal waras dan seluruh jasad ini bersahabat dengan hati





Wednesday 30 January 2013

Hilang segala perlakuan dan perkataan

in the name of Allah the most gracious and most merciful


Aku silap langkah ?
Aku salah buat keputusan ?
Ape aku dah buat sebenarnye ?
*monolog sendiri

Kenapa aku begitu dan begini ?
Kenapa aku keraskan hati ?
Kenapa aku butakan mata ?
Kenapa aku ?
*pergolakan emosi terjadi lagi

Mereka semua sakit
Mereka semua derita
Mereka semua menahan rasa
Mereka semua menanggung beban
Kerana siapa ?
Aku !
 *jatuh terduduk

Adakah aku perlu pergi ?
Atau aku perlu terus disini buat mereka yang telah aku sakiti ?
*masih terpinga pinga

Heyy perempuan !
Apa jenis manusia kau ni ?
Pentingkan diri sendiri ?
Sekeliling apa cerita ?
Apa tindakan ?
Jadi pekak ?
Jadi bisu ?
Jadi kaku seperti patung ?
Atau terus dengan emosi kau ?
*makian demi makian pada diri

Mane nak jalan ?
Banyak sangat jalan
Tolong suluhkan jalan paling terang
Biar aku bisa berjalan dengan bahagia
Ahh ! Aku tak layak bahagia.
*lupuskan segala harapan

Mungkin aku orang yang paling layak merasa ini
Padan muka kau !
*ini padahnya


Boleh tak aku nak duduk sini lama lama ?
Boleh tak aku nak sendiri sekejap ?
Boleh tak biar kaki ini terus berpijak pada tepian pantai ?
Izinkan aku berkawan dengan deruan ombak
Izinkan air mata ini terus mengalir
Mengalir deras seperti ombak itu
Izinkan aku menetap ditepian pantai sehingga aku puas
Puas mencari tiap jawapan dibalik ketenangan pantai
*cuba untuk bangun sendiri

Izinkan aku berjalan dalam hujan 
supaya mereka tak dapat melihat air mata ini rancak mengalir membasahi pipi


Monday 28 January 2013

Sadness come again.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

Lidah setajam pisau

Aku meluahkan apa yang tersimpan
Aku menceritakan apa yang aku rasakan
Aku menangis kerana tak dapat menahan
Aku meraung kerana kesakitan
 
 Aku sayang dan aku cinta
Aku derita dan aku bahagia
Aku ketawa dan aku menangis
Sakit itu aku tahan kerana rasa sayang yang menebal
 
Kini kau katakan tiada makna hidup tanpa istilah KITA
Kini aku kaku tanpa tingkah laku
Kini aku bisu tanpa kata kata

Keras ini hanya kau mampu lembutkan
Sakit ini hanya kau mampu ubatkan
Derita ini hanya kau mampu sembuhkan
Luka ini hanya kau mampu pulihkan
Tangis ini hanya kau mampu hilangkan
Sepi ini hanya kau mampu isikan
Kerana kau punca dan kau penawar


Sunday 27 January 2013

Sandiwara Dipentas Lakonan.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

Kali ini aku gagal tahan emosi lagi
Ingin aku lepaskan mereka
Biar aku jatuh bangun sendiri

Makin dikejar semakin lari
Aku lelah bersungguh sendirian
Tiada guna lagi
Jika segalanya terikat oleh hati yang mati

Biar keajaiban berlaku
Walaupun aku tahu ini semua mustahil
Ini cuma sandiwara dipentas lakonan milik aku
Aku sedikit lemah
Jangan datang dekat
Biar aku papah diri ini sendiri
Aku tak perlu sesiapa
Noktah !

Inilah pergolakan emosi diri

Monday 21 January 2013

Bertambah keturunan ibu abah :')

in the name of Allah the most gracious and most merciful

ONE GOOD NEWS ; 
kak linda said ;
'' Akak dah jumpe doktor.
Anak sedara atynn.
Dah 5minggu 6hari :) ''

tengah keje and dapat berita.
emosi lebih sampai aku menangis bagai.
aku memang suke budak budak.
admit :')

8month ummi and walid to be :')
Tahniah. Sayang kakak !

Sunday 20 January 2013

Beri sedikit ruang penghargaan.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

Jangan bila dah tiada baru sedar untuk menghargai.
Ramai lagi manusia sedar erti menghargai dan kebahagiaan.
Aku dilemma.
Antara cinta dan bahagia.
Akan aku dalami semua satu persatu.
Mereka menghargai dan memberi kebahagiaan.
Mereka celikkan mata hati aku ini.
Sedangkan kau seakan telah lupa semua. 
Terima kasih pada kau.

 Hargai selagi ada.
Jangan pernah kesal dan menyalahkan jika aku pergi dan takkan pernah kembali.

Friday 11 January 2013

Pemilik tulang rusuk ini.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

Kunfayakuun ;
Qur'an 36:82 - 
All He [God] needs to do to carry out any command is to say to it, "Be," and it is.

Debar dalam hati masih kuat.
Non-stop since semalam.
Hal ini terjadi bila semua rasa bergaul sekali.
Sebak happy eksaited terharu nak nangis and banyak lagi !

Otak makin letih kerana tiada rehat.
Sehingga kini ia masih bekerja buat diri.
Saat hati ingin mengiyakan tetapi punya halangan.
Ahh rumit !

Jodoh itu telah tertulis ketika dalam perut sang ibu lagi.
Dia adalah pengatur terbaik.
Kita sering lelah kecewa bertemu mereka yang salah.
Kita sering mengeluh mengapa dan kenapa semua ini terjadi.
Sehingga lupa bahawa semua ini ada punya hikmah tersurat dan tersirat.

Bila diri punya pilihan.
Jalan yang terbaik adalah melakukan istikharah.
Itu pesanan si ibu sejak dulu.

Takut.
Runsing.
 
Mereka penting.
Mereka yang disayang.
Punya watak berbeda.
Aku buntu.

Perkahwinan.
Satu impian.
Niat suci lagi murni. 
Bahagia diimpi bersama si pemilik tulang rusuk kiri ku ini.
  
Mampukah aku membuat pilihan ?
*bermonolog sendiri.
Aku serahkan segala padaNya.
Seperti biasa ; Dia pengatur terbaik.


Ya Allah 
Seandainya dia jodohku , jangan pernah kurangkan rasa sayang aku padanya. 
Sesungguhnya aku amat menyayanginya. Aminnn.     
        

Monday 7 January 2013

Angan angan mase kecik.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

Aku ingat lagi mase aku kecik dulu aku pernah request something dengan ibu.
Guess what ? Aku nak abang. Yes, aku nak abang.
Total adik beradik aku 4 orang ; 3 perempuan and 1 lelaki.
Sebab ape aku nak ade abang ?
Emm. Actually banyak sebab nape aku perlukan abang.
The reason is ; 
Pernah sekali aku dengar cerita kawan kawan yang ade abang.
Dorang kamcing ngan abang. Ape dorang nak, abang bagi (if abang yang dah koje lee)
Benda yang paling best if kite ade minat yang same.
And bile korang ade problem ngan balak, 
sape yang akan masuk campur kalau tak abang tu sendiri kan ? 
Bagi aku. macam seronok giler kalau abang tuu cakap ;
'' Kalau jadi pape kat adik aku, aku carik kau jee ''
Ohh. Ayat tuu macam sangat keramat je bagi aku.
Al maklum laa, diri ini tiada kasih seorang abang. Hahaha.
  But now, aku lebih bersyukur.
Even aku takde abang, at least tempias abang ipar ade.
Abang ipar yang baik sebab menjaga kakak aku dengan cukup sempurna.
Aku ade abah yang selalu tunaikan ape aku nak selagi dia mampu.
Aku ade adik lelaki yang nampak macam tak heran tapi dia sangat menjaga kakaknye.
Aku ade si along gemok yang jauh dimata dekat dihati.
Aku punya seorang abang, teman, kawan baik yang layan aku and bawak aku kehulu ke hilir. Yang selalu melayan kerenah aku yang banyak songeh dan serba tak kena ditambah dengan sifat serabai aku. Haha.

'' oh lord ! a million thanks because sending them in my life ''

Honestly, aku seronok menghabiskan masa masa aku bersama dorang.
Memang terkadang sakit hati but heyy ! normal laa weyy. Haha.