Monday 31 December 2012

soalan dan jawapan.

in the name of Allah the most merciful and most gracious.

termangu sendiri disini tanpa teman.
mengisi tiap dimensi pemikiran dengan pelbagai soalan.
soalan tentang diri dan kehidupan hakiki.

terkadang menganggap kehidupan tidak berlaku adil.
Ahh ! mana mungkin semua terjadi tanpa sebab.
sedangkan aku sendiri yang mencorakkannya.

otak menjadi semak dan berserabut.
gara gara memikirkan tiap jawapan bagi soalan kehidupan.

lelah hati dek kerana sering menangis.
air mata hati masih aku sorokkan hingga saat ini.
untuk kesekian kalinya berharap titisan jernih ini tidak dilihat oleh makhluk yang lain.

Biar kaki terus melangkah hingga bertemu apa kemahuan dihati.

Friday 28 September 2012

Peminat Tegar Redbull

in the name of Allah the most gracious and most merciful

#TegarRedbull

semalam ade awek promoter Redbull bagi free nii.

p/s ; aku rindu kau mokk. nak balik kampung :'(

Saturday 1 September 2012

jangan pernah berubah

in the name of Allah the most gracious and most merciful


mungkin aku yang selalu rumitkan semua.
mungkin aku yang selalu mencari kesalahan.
mungkin aku yang sering mendesak.
atau mungkin juga hanya aku yang menginginkan keutuhan dalam hubungan kita ?

aku tahu sikap kau yang gemar menyakitkan hati itu untuk menguji.
adakah kau mula jemu ?
adakah sayang itu tetap kuat dalam hati ?
masihkah ada rasa sayang yang mendalam ?


Friday 10 August 2012

P8-305-D

in the name of Allah the most gracious and most merciful

biar masa berlalu, simpan semua kenangan kita dengan rapi.

 INDAHNYA DIKALA ITU.. HINGGA TERBUAI DISAAT INI.
SUNGGUH AKU MERINDUKAN.
HANYA AIR MATA KITA MEMBERIKAN JAWAPAN,RASA DIHATI MASING2.

Sabarlah.
Allah mengujikan kita dgn menjauhkan kita.
maafkan salah aku.

********************************************

siapa kata tak rindu ?
siapa kata tak sayang ?
siapa kata aku tak menangis ?

masa berlalu tetapi kenangan itu masih kuat diingatan.
mereka keluarga. 
mereka teman dan mereka sahabat.
tangis ini mereka yang pujuk.
keras ini mereka lembutkan
hati ini panas mereka sejukkan.
degil ini mereka nasihatkan.

berat untuk menanggung rasa rindu pada kenangan itu.
diri sering gagal mengawal linangan air mata.
kenangan itu terlalu indah.
aku cuba berlagak kuat dihadapan mereka.
 tetapi hati aku menangis disebabkan rindu.

mereka sangat bermakna.
terima kasih kerana menjadi sebahagian untuk aku.

*************

selalu dok tengah nii lepak dengan ibu.

  
tempat mengonlinekan diri and intai orang :'D

 tempat beradu.



 
mummy and ibu :')
rak kasut yang jelita dari mummy.

masakan mummy. rindu :')


bekalan makanan bile malam :'D





 elmo

dedicated to ;

lathifah raudhah binti minhat (ibu)
nur shafina nor monir (mummy) 
ameera alma binti baharuddin (elmo)

''aku rindu korang'' 

Saturday 21 July 2012

bile Dia tunjukkan tentang kehidupan.

in the name of Allah the most gracious and most merciful 

buat baik dibalas baik
buat jahat jangan sekali

gemok selalu marah aku sebab aku terlalu baik dengan orang.
dia kata kalau orang balas baik kat aku takpe.
tapi ini orang pijak kepala aku.
sebab dorang rase aku takkan marah.

bila aku dah buat baik dengan orang.
aku ikhlas untuk tolong dorang.
but lastly, dorang buat taik dengan aku.
tolong consider bila orang lain ade masalah.

makin aku besar, makin aku muak dengan perangai orang.
dan hal ini yang selalu aku gaduhkan dengan gemok.

 '' kau selalu baik ngan orang,
tapi bila kau susah ade orang tolong ?
ade orang tolong kau ?
takde mokkk. ''

inilah perkataan yang sama gemok selalu bangkitkan dekat aku.
aku selalu melawan bile gemok cakap camtuu.
tapi itu dulu.
sekarangg ; 
aku faham kenape gemok marah aku.
selalu gune ayat yang same bile isu nihh berbangkit.

aku cuba faham dengan kerenah manusia
tapi dalam masa yang sama aku jadi sakitt.
inilah gambaran kehidupan yang baru sikit aku lalui.

sekarang aku sendiri rase ape yang gemok rase dulu.
bile susah kita sorang sorang and takde sape tolong.
aku baru rase sikit.
gemok marah aku sebab dia taknak aku rase benda yang dia lalui.
dia taknak aku sakit dengan sifat manusia.

sekarang aku faham niat gemok.
dia cume taknak aku rase macam dia rase.
sikit sikit aku pulihkan hati aku nii.
terima kasih gemokk.

gemok selalu pesan and ingatkan aku.
sebab aku nii degil.
jangan susahkan ibu abah.
belajar berdikari.
buang sikap negatif dalam diri.
jangan cepat percayakan orang.
ini antara nasihat gemok.

cume kak linda iaitu akak sulong aku and gemok yang tahu 
camne nak nasihatkan aku.
dua orang nhh laa segalanya bagi aku.
bukan aku nak kata family tak diutamakan.
tapi dorang dua orang nii ade cara tersendiri untuk bagi nasihat kat aku.
and aku sayangkan dorang sangat.

gemok jauh and kakak nak kawen.
sekali lagi aku rase macam aku takde kawan.

aku sendiri rase macam aku dah takde kawan.
kawan kawan yang dulu semua macam hilang.
mungkin dengan komitmen masing masing.
bile dah senang memang mudah nak lupekan kawan lame ye ?

walaupun gemok jauh,
tapi dia laa tempat aku rujuk and mengadu.
dia laa kawan, sahabat, musuh, bodyguard, penasihat, abang dan kekasih hati.
gaduh dengan dia. gelak dengan dia. nangis dengan dia.
 merajuk je sorang sorang.
sebab gemok tak ajar aku untuk dipujuk.
sangat kene cara dia ajar aku jadi manusia.

terima kasih Allah temukan aku dengan gemokk :')

aku berharap satu hari gemok akan baca blog aku niii. 
blog nii jadi tempat aku ngadu lepas dia.
kat sini jugak aku banyak luahkan pasal dia sebab segan nak cakap.
tapi aku tau, gemok bukan jenis akan bace melainkan ade 'orang' yang suruh bace :')

Thursday 5 July 2012

hentian lelah #3

in the name of Allah the most gracious and most merciful

life bila dah bekerja
aku baru tahu susah nak dapatkan duit
buat simpanan tiap tiap bulan
nak bahagikan mane duit untuk bayar bil and belanja sebulan
camne aku susah pon, aku akan settle sendiri semuanyaa.

note ; entry pendek/kosong tanpa gambar.

Tuesday 3 July 2012

gembira yang amat sangat #entry bergambar.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

uhukk uhukk.
setelah sekian lama yang amat sangat
baru sekarang nak tunjuk ape kerja aku buat.
aku suke kerja aku sekarang :)

''sani express hentian duta''


jengg jengg jengggg !
akulah budak beruniform merah
hari hari tersengih (+) tidur-tiduran depan kaunter.


alahh. muke dah macam apam nak gak tunjuk.
tak reti malu ! 

yang pipi macam burger and apam hangus nihh aku laa.
GENTLE ! aku dah gemok yang amat sangat sekarang -,-

bile dah tension (kononnye) cenggini lee muke 

dengar cerita abang kaunter sebelah.

macam nak carik gaduh tak ? memang nak gaduh pon.

sajee nak tayang jam besau gedabakk tuu. hahaha :D

alahhh. ini budak bajet bajet sajee.

tengok abang kedai spec dah siapkan spec aku belum.

spec kesayangan hati beta dan sii kekanda.

tukar cermin sajee. lain kali beli yang baru pulak.
mahu tambah koleksi spec beta yang dah sedia ada. 

okayy laa. babaii :D

Sunday 24 June 2012

hati bukan boneka.

in the name of Allah tyhe most gracious and most merciful

aku bukan boneka

untuk dibawa ke hulu dan ke hilir

aku manusia yang punya perasaan

sila mengerti hati dan perasaan ini

jangan terus menuding jari supaya aku melakukan itu dan ini

aku sudah dewasa.


note ; entry kosong tanpa gambar.

Thursday 17 May 2012

hentian lelah #2

in the name of Allah the most gracious and most merciful

aku makin selesa di hentian ini

hentian yang menemukan aku dengan pelbagai ragam kerenah manusia

hentian ini sangat bermakna

aku gelak dan senyum

ianya menghiasi hari hariku di hentian ini

dan kini aku menjadi aku yang baru.

note ; entry kosong tanpa gambar



Wednesday 16 May 2012

hentian lelah.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

aku senyap

aku bingung

aku sunyi

aku tiada daya

aku duduk berehat di hentian lelah

termenung mencari jawapan

mana ? bila ? kenapa ? 

aku diamkan diri lagi

jujur aku sedih dan terkilan

biar aku terus duduk di hentian ini.

note ; entry kosong tanpa gambar.

Sunday 13 May 2012

sakit yang kita rasa.

in the name of Allah the most gracious and most merciful


pernah ku pujuk diri
disebalik derita ini
pasti ada hikmah menanti.


ini ujian buat kita
ujian untuk mengeratkan perhubungan
aku tidak keseorangan 
kerana kau setia menemani.

sakit ini buat aku lemah
aku hilang semangat 
kenapa aku ?
kau ingatkan aku supaya mengingati Dia
ujian ini bukan untuk melemahkan tetapi untuk menjadikan aku lebih kuat.

terima kasih atas perhatian dan sokongan
tiada ungkapan lain yang terluah selain
terima kasih yang tidak terhingga
aku akan kuat buat diri, kau, kita dan mereka.

ku panjatkan rasa bersyukur kerana kita dipertemukan
dalam rasa kasih dan sayang ini.




Monday 7 May 2012

no tittle for this entry.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

esok akan pergi ke tempat baru sekali lagi

atas kata kata ibu

ikutkan saja

kerja baru. persekitaran baru. 
suasana baru. orang baru.

takkan online untuk jangka masa yang agak lama

sehingga diri sesuai dan selesa ditempat itu

takkan update status di Facebook

takkan berTweet di Twitter

takkan update Blog

omakk aiii ! -,-

bila keadaan sudah kembali normal

baru akan muncul semula

biasa laaa

hari hari mengadap laptop then time untuk berjauhan

amatlah payah okayy.

sila jangan rindu rinduan dengan saya

kah kah kahhh !

musykil ; ada ke yang nak rindu ?

tetttt ! soalan yang tiada jawapan -,-

baii baii


bad dream.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

bangun bangun je tidur

MENANGIS sampai teresak esak

ape kes ?

BAD DREAM 

ini memang tak cool


Saturday 5 May 2012

pentas hidup diceroboh.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

Don’t judge me for my choices when you don’t understand my reasons.


itu yang mampu aku luahkan
ianya tentang kehidupan
apabila mereka rampas pentas milik aku
dan aturkan segala gerak geri dan tingkah laku
sakit ?
aku sendiri rasa
takpe ke ?
aku sendiri yang akan pulihkan hati ini
ade yang peduli ?
aku masih boleh jalan walaupun gerak itu perlahan
jahat ke aku ?
mereka nilai aku begitu
ape kau rase ?
kalau sedih sekalipun tiada yang tahu
takpe ke nii ?
kalau mereka rasa okayy, aku akan simpan lagi sakit ini
ape kau nak buat ?
matikan segala perasaan dan menjadi bisu adalah terbaik


mana kau nak pergi tu ?
aku penat berjalan
biarkan aku terbang sendiri bermula saat ini

body baru untuk blog buruk.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

template baru

ade awan awan yang sangat simple

aku rase dah cantik

sebab simple and air tangan aku sendiri

sambil diajar oleh nur fadhilah dalam bab setting

haha. ingatan aku sudah pudar nak ingat segala setting bagai :D

then

JENG JENG JENGGG ! tadaaa.

inilah blog aku yang aku rase paling simple sejak penubuhan blog tak seberape nii

janji aku suke 

ye idakkk ? :P


Friday 4 May 2012

tolonggg tolonggg.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

nak mintak tolong laaa.

camne nak ade kan semula list followers kita ?

sebab terdelete.

errr. taktau sakit ape.

TERDELETE.

takde niat nak delete ponn.

serius takde niat nak delete


tak lawa laa kalau blog takde list followers


sape sape yang tau camne nak adekan balik list followers tuu

tolong ajarkan fatynn boleh ? 

terima kasih tau 

melangkah berani.


in the name of Allah the most gracious and most merciful

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.

aku pernah terjatuh
dan aku cuba untuk kembali berjalan

aku pernah dipandang rendah
tapi aku pekakkan telinga

semangat aku pernah luntur dek kerana sekeliling
aku cuba mencari kekuatan itu semula

kini aku berdiri teguh diatas pentas sendiri
menyusuri setiap laluan itu
dengan berhati hati dan berharap ini adalah yang terbaik


Tuesday 1 May 2012

childish.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

seorang budak kecil

kanak kanak perempuan yang taktau apa apa

seronok menjadi seorang budak budak


ya.

dan sayalah budak yang tak reti menjadi matang

sayalah budak yang selamanya akan dianggap ''budakbudak''

sayalah budak yang selamanya dianggap tak boleh hidup susah

itu saya

hidup saya dibayangi dengan budak ini

mungkin sampai bila bila

terima kasihh and baii.

Friday 27 April 2012

jika nanti.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

Biarpun jalan itu panjang, 
kita akan merintisnya perlahan-lahan ''

jika satu hari aku tak mampu bersuara
tolong fahami apa yang hati cuba luahkan

jika satu hari aku tak mampu melihat
pimpin tangan ini kemana hendak dituju
izinkan aku melihat dan menilai melalui mata hati

jika satu hari aku tak mampu mengingati segala kenangan
bantu aku cipta kenangan itu semula
dan binalah memori baru bersama

jika satu hari aku tak mampu berjalan dan bergerak
setialah menjadi teman bercerita disampingku

jika satu hari aku tak mampu melakar senyuman
ketahuilah bahawa aku selalu bahagia disampingmu

jika satu hari mataku terpejam
tubuh tebujur kaku buat selamanya 
iringilah aku buat kali terakhir ke pusaraku
tadahkan tangan dan mendoakan aku disana

dan pada tika itu
maafkan aku jika tidak lagi disisi
maafkan aku jika tidak lagi menjadi teman untuk kau bercerita dan meluahkan sesuatu
tetapi ketahuilah bahawa aku tetap setia dihati dan Allah Maha Mendengar luahan hambaNya

moga kita juga mampu membina istana bahagia disyurga nanti
aminnn~


Thursday 26 April 2012

salam rindu.

in the name of Allah most gracious and most merciful


You know you truly love somebody 
when they hurt you so badly, 
but all you can think about 
it is the times when they made you smile.

sekali kata sayang, selamanya akan sayang.
aku tidak tahu apa itu perhubungan
sehingga tikanya kau hadir dalam hidup aku


aku punya rasa cemburu yang kuat
kadangkala aku cemburu pada perkara remeh
aku buat kau rimas


kau tahu sifat cemburu yang tebal dalam diri aku
kau bermain dengan rasa cemburu itu
kerana kau cukup tahu bahawa ;
sekali kata sayang, sayang itu untuk selamanya


cemburu tanda sayang ?
kadang tiada apa untuk aku cemburukan
tetapi kau suka lakukan sesuatu untuk buat aku cemburu
hanya untuk lihat reaksi dan apa yang akan aku lakukan


itu buat aku geram
tapi aku tahu kau bergurau
aku cuma perlu tahu sikap dan sifat kau
aku peru dalami semuanya


kau seorang pemegang kunci hati aku yang setia
kau seorang yang kuat
kau seorang yang rajin dalam semua perkara
kau seorang yang bertanggungjawab
kau seorang yang berpegang pada janji
kau seorang yang mampu buat aku tersenyum saat airmata mengalir
terima kasih :')





[Doa Nabi Yusuf Kepada Zulaikha]


... "Ya Allah,
sampaikan salam rinduku
kepada ...... (nama penuh insan tersebut ),
sehingga aku menjadi kerinduannya..
Amin.. :)



Tuesday 24 April 2012

tentang dia ; lelaki itu.

in the name of Allah the most gracious and most merciful


Lelaki tidak akan cuba untuk menangis 
di hadapan kekasih mereka 
Tetapi jika mereka tunjukkan 
itu adalah air mata yg ikhlas mencintai anda.


tentang lelaki itu
dia yang selalu buat aku senyum
dengan lawak dan segala mimik mukanya

tentang lelaki itu
dia buat air mata ini mengalir deras
dengan segala perhatian yang telah dberikan

tentang lelaki itu
yang marah kerana punya sebab kukuh
dia ingin yang terbaik buat diri ini

tentang lelaki itu
berpura tidak ambil berat
tetapi dialah yang sedia hulurkan tangan saat aku jatuh

tentang lelaki itu
terkenal dengan sifat egonya
tetapi merendahkan egonya bila kami bersama

tentang lelaki itu
yang selalu aku sakiti hatinya
tetapi tetap setia disisi sehingga ke saat ini

tentang lelaki itu
tidak pernah menyalahkan aku atas apa yang berlaku
dia lupakan semuanya dan terus senyum

tentang lelaki itu
aku katakan yang dia tidak memahami apa aku rasakan
sebenarnya dialah yang tahu apa yang hati aku inginkan

tentang lelaki itu
aku selalu merungut tentang sesuatu perkara
tetapi dia cuba untuk tunaikan segala permintaan aku

tentang lelaki itu
luarannya sangat kental dan selalu tesenyum
tetapi airmata kelelakiannya juga pernah gugur

tentang lelaki itu
yang sangat sangat aku kagumi 
kerana sikap tanggungjawabnya yang menebal

teristimewa buat sii lelaki itu ;
terima kasih kerana memahami sikap keras kepala saya.
terima kasih kerana selalu buat saya tersenyum dalam setiap keadaan.
terima kasih kerana ajar saya tentang berdikari, jangan merungut dan sabar.
terima kasih kerana buat saya menjadi seorang yang istimewa.
terima kasih kerana marah saya demi kebaikan diri saya sendiri.
terima kasih kerana ajarkan saya tentang kehidupan dan perhubungan
terima kasih yang tak terhingga untuk semua.


Wednesday 18 April 2012

hospital dan persiapan kawen.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

ehem ehem. uhuk uhuk. 
sorry sebab gua tak berapa nak sihat sikit
harini gua agak ganas sebab dah lama tak mengganas
err. perlu ke ?
yee. memang perlu jadi ganas sekali sakala.

semalam gua telah keluar dengan ibu 
nak carik set bilik tidur untuk pengantin 
tapi sayang seribu kali sayang
bukan gua yag nak kawen tapi kakak sulung gua nak kawen
melepas laa gua. sedihh !

setelah seminggu gua tak dapat coolblog
semalam jugak hasrat hati gua tercapai
dua coolblog gua sorang yang hadap. hihiii
gua memang penagih tegar coolblog.
sekian.

harini hajatnya nak pergi buat ic baru
sebab ic gua tuu dah lama pastu ic tuu spoil sikit
sebab tak nampak batang hidung gua yang mancung niii
dah macam voldemort dah gua tengok
gua malas nak tunjuk sebab tu ic gua darjah 6 dulu
muka budak budak lagi and nampak comel gitu.
karang semua terpikat pulak. haha !

tapi hajat buat ic terpaksa dibatalkan
sebab abah gua kene tahan ICU pagi tadi.
sepantas kilat gua ngan ibu pegi hospital.
abah gua memang degil sama macam gua.
ade saluran dalam badan yang nak tersumbat then
kalau dia silap langkah boleh jadi lumpuh T_T

boleh lagi dia bergurau bagai kat sana.
siap kata nak balik nak pergi mancing laa hapee.
gua ngan abah memang serupa sangat.
kami lahir pada tarikh dan hari yang sama.
iaitu 25 november hari kamis (tak silap hari laa)
kami same same anak number tiga dalam adik beradik
kami keras kepala dan keras hati.
degil dan susah nak dengar kata.
dah kena batang hidung baru reti nak duduk diam.
itu kami

errr. tapikan satu benda yang tak same laa.
gua banyak mulut tapi abah gua macam tak sangat.
gua memang banyak cakap.
bila dah start cerita memang akan cakap dan cakap.
haha. itu gua.

okayy laa.
mulut gua memang nak cakap lagi.
tapi tangan gua penat dah menulis.
baiibaii.

Tuesday 17 April 2012

aku keliru.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

dia cuba berubah. dia cuba menjadi matang
tetapi keadaan cuma semakin keruh
dan kini dia keliru.
keliru

aku ingin menjadi sekuntum bunga mewangi
tetapi aku tahu diri ini tidak layak

aku ingin menjadi seindah pelangi
tetapi aku surami hari hariku dengan air mata

aku ingin menjadi kilauan bintang dilangit
tetapi aku gagal untuk menghargai diri sendiri

aku ingin menjadi sinaran mentari nan cerah
tetapi aku gagal untuk menghiasi senyuman diwajah

aku ingin menjadi burung yang berkicau riang
tetapi aku salahkan diri sendiri atas apa yang berlaku

aku ingin menjadi sekuat ombak dipersisir pantai
tetapi aku hancurkan diri ini

kini aku hanya menjadi aku yang tiada apa
dan aku tiada apa apa lagi
ditemani sii sunyi disisi
aku cuma sendiri
kaku disini.


Monday 16 April 2012

aku dan titisan jernih ini.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

ketika keadaan 
mengharuskan untuk menangis, 
tak usah berpura dan menangislah. 
kerana tidak semua airmata bererti lemah.



bila tangan terus menari diatas keyboard
bila butir permata jatuh membasahi pipi
bila hati terasa sakit dan pedih
bila fikiran cuba untuk berfikir secara positif
bila mulut ingin mengungkapkan rasa terkilan
bila rasa amarah menyelubungi diri
bila syaitan membisikkan sifat sifat mazmumah
bila titisan air mata ini semakin deras mengalir

menahan rasa kecewa dengan sikap setengah manusia
dan saat ini aku terpaksa melaluinya sendiri
hanya aku dan titisan air mata yang jernih ini.

hate it.




Saturday 14 April 2012

sii pemegang kunci hati.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

He : I wanna be a superhero, guess my name :)
Me : Superman? Ironman?
He : (smile) "YOURMAN"



wahai sii pemegang kunci hatiku,
inilah aku apa adanya.
yang ingin selalu membuat kau tersenyum bahagia.
maaf andai aku tak sempurna.

wahai sii pemegang kunci hatiku,
inilah cintaku apa adanya.
yang ingin selalu disisimu disampingmu.
meniti tiap detik gembira mahupun duka.

wahai sii pemegang kunci hatiku,
jalan kita masih panjang.
cabaran dan dugaan perlu kita harungi.
aku mohon kau tetap setia disini.

wahai sii pemegang kunci hatiku,
akan aku semai perhubungan ini dengan rasa sayang.
biarkan ianya menjadi kuntuman kuntuman bunga mewangi.
yang sentiasa mekar ditaman hati kita.

wahai sii pemegang kunci hatiku,
akan aku jaga cinta yang telah kita bina.
walau hari berganti hari.
tetaplah kita disini menuju destinasi impian yang satu.