in the name of Allah the most gracious and most merciful
Lelaki tidak akan cuba untuk menangis
di hadapan kekasih mereka
Tetapi jika mereka tunjukkan
itu adalah air mata yg ikhlas mencintai anda.
tentang lelaki itu
dia yang selalu buat aku senyum
dengan lawak dan segala mimik mukanya
tentang lelaki itu
dia buat air mata ini mengalir deras
dengan segala perhatian yang telah dberikan
tentang lelaki itu
yang marah kerana punya sebab kukuh
dia ingin yang terbaik buat diri ini
tentang lelaki itu
berpura tidak ambil berat
tetapi dialah yang sedia hulurkan tangan saat aku jatuh
tentang lelaki itu
terkenal dengan sifat egonya
tetapi merendahkan egonya bila kami bersama
tentang lelaki itu
yang selalu aku sakiti hatinya
tetapi tetap setia disisi sehingga ke saat ini
tentang lelaki itu
tidak pernah menyalahkan aku atas apa yang berlaku
dia lupakan semuanya dan terus senyum
tentang lelaki itu
aku katakan yang dia tidak memahami apa aku rasakan
sebenarnya dialah yang tahu apa yang hati aku inginkan
tentang lelaki itu
aku selalu merungut tentang sesuatu perkara
tetapi dia cuba untuk tunaikan segala permintaan aku
tentang lelaki itu
luarannya sangat kental dan selalu tesenyum
tetapi airmata kelelakiannya juga pernah gugur
tentang lelaki itu
yang sangat sangat aku kagumi
kerana sikap tanggungjawabnya yang menebal
teristimewa buat sii lelaki itu ;
terima kasih kerana memahami sikap keras kepala saya.
terima kasih kerana selalu buat saya tersenyum dalam setiap keadaan.
terima kasih kerana ajar saya tentang berdikari, jangan merungut dan sabar.
terima kasih kerana buat saya menjadi seorang yang istimewa.
terima kasih kerana marah saya demi kebaikan diri saya sendiri.
terima kasih kerana ajarkan saya tentang kehidupan dan perhubungan
terima kasih yang tak terhingga untuk semua.
2 comments:
terbaik syg
hee. thanks akak.
segan nak cakap dengan along canii :'D
Post a Comment