Thursday 18 April 2013

Kanvas milik KITA.


In the name of Allah the most gracious and most merciful.

Pagi ini indah.
Aku penuhi seluruh hati dengan meresapkan rindu antara kita.
Kesunyian ini kau isikan walau tidak selalu.
Aku cuba paham lagi.
Banyak persamaan antara kita.
Kau suka, aku suka.
Pemikiran kita sama.
Tidak mahu dipisahkan persis cinta si shah jehan dan mumtaz.
Setianya shah jehan terhadap mumtaznya.
Kita juga sama.
Jangan sesekali menjauh.
Sama sama kita kotakan janji dan impian yang kita coret dikanvas perhubungan ini.
Ya Allah, terlalu banyak impian yang aku lakar didalam kanvas kosong milik KITA.
Ingin sekali ianya dicapai bersama.
Bersama kita corak kanvas itu.
Agar ianya ceria seindah pelangi selepas lebatnya hujan.
Kita tulis satu persatu konklusi untuk tiap ujian yang bakal menimpa.
Tabirnya kita penuhi dengan kasih sayang menjadi yang halal.
Tanahnya kita suburi dengan rasa syukur yang tidak putus padaNya.
Kita tanam dengan halalnya pepohon cinta.
Bajai tiap tanaman dengan keletah manja menjadi pasangan suami isteri kelak.
Siraminya dengan perhatian sesama kita.
Kita bina mahligai impian diatas kanvas kosong supaya tampak sempurna.
InsyaAllah. . . . . . . . . . .

@fatynnfatienn

                                                    


No comments: