in te name o Allah the most gracious and most merciful
'Mungkin kamu tidak menyukai sesuatu,
padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.'
[Q.s. An-Nisa:19 ]
kenapa Allah ambil sesuatu yang kita sayang ?
kerana Dia nak gantikan dengan yang lebih baik
kenapa Allah ambil sesuatu yang kita sayang ?
kerana Dia nak ajar kita apa itu redha dan sabar
kenapa Allah ambil sesuatu yang kita sayang ?
kerana Dia ingin mengajar kita erti
mensyukuri setiap nikmat yang telah diberikan
kenapa Allah ambil sesuatu yang kita sayang ?
kerana Dia nak kita selalu dekat dan memohon meminta
pertolongan daripada-Nya
kenapa Allah ambil sesuatu yang kita sayang ?
kerana Dia tahu setiap baik dan buruk tentang sesuatu hal
jangan menangis wahai teman
engkau seorang yang tabah dan kuat
engkau seorang yang periang
jangan habiskan sisa airmatamu itu untuk sesuatu yang telah pergi
ukir kembali senyuman diwajah
supaya kau tampak lebih ceria seperti dulunya
p/s ; sesuatu yang kita sayang tidak semestinya hanya manusia atau harta benda semata, binatang peliharaan juga adalah sesuatu yang paling istimewa jika dia saja merupakan teman dikala kita sunyi yang sudi menemani.
No comments:
Post a Comment