in the name of Allah the most gracious and most merciful
setiap hal yang menimpa pasti ada solusinya
cuma kita sebagai manusia perlu berfikir dengan waras mencari jalan
kau ingatkan aku ;
jangan pernah bimbang lagi dengan genggaman tangan kita
ianya akan sentiasa erat disulami rasa sayang yang bercambah
kau ingatkan aku ;
mereka bukan penghalang bahkan mereka menjadi semangat buat kita
selagi kita sujud kepada Allah Yang Esa dan memohon pertolongan dari-Nya
nescaya tiada apa yang mustahil sayangg.
kau ingatkan aku ;
setiap ujian yang mendatang adalah saat saat yang berharga buat kita
jangan sia siakan detik ujian itu kerana ianya mengajar kita erti kedewasaan
kau ingatkan aku ;
abadikan kenangan kita bersama kerana ianya sesuatu yang indah
kenangan itulah yang bakal merawat setiap liku liku yang perlu kita tempuhi kelak
kau ingatkan aku ;
genggaman ini jangan dilepas tetapi tetapkanlah ia dengan doa semoga makin erat
kerana kau telah memilih aku untuk menjadi suri hidup kau dan ibu buat keturunan kau sayangg.
kau ingatkan aku ;
jangan sesekali aku menitiskan butir butir permata dari mata hitamku ini
ia kerana kau tidak sanggup melihat aku bersedih menaggung setiap ujian antara kita
bahkan kau beri aku masa untuk membina semula semangatku itu
terima kasih Ya Allah !
kau temukan aku dengan pemegang kunci hatiku ini.
No comments:
Post a Comment