in the name of Allah the most gracious and most merciful
" Biarpun jalan itu panjang,
kita akan merintisnya perlahan-lahan ''
jika satu hari aku tak mampu bersuara
tolong fahami apa yang hati cuba luahkan
jika satu hari aku tak mampu melihat
pimpin tangan ini kemana hendak dituju
izinkan aku melihat dan menilai melalui mata hati
jika satu hari aku tak mampu mengingati segala kenangan
bantu aku cipta kenangan itu semula
dan binalah memori baru bersama
jika satu hari aku tak mampu berjalan dan bergerak
setialah menjadi teman bercerita disampingku
jika satu hari aku tak mampu melakar senyuman
ketahuilah bahawa aku selalu bahagia disampingmu
jika satu hari mataku terpejam
tubuh tebujur kaku buat selamanya
iringilah aku buat kali terakhir ke pusaraku
tadahkan tangan dan mendoakan aku disana
dan pada tika itu
maafkan aku jika tidak lagi disisi
maafkan aku jika tidak lagi menjadi teman untuk kau bercerita dan meluahkan sesuatu
tetapi ketahuilah bahawa aku tetap setia dihati dan Allah Maha Mendengar luahan hambaNya
moga kita juga mampu membina istana bahagia disyurga nanti
aminnn~
No comments:
Post a Comment