menangis lagi
bukan kerana mereka
tetapi sedih dengan diri sendiri
aku tanpa hala tuju
mereka katakan bahawa peluang telah diberikan
bukan sekali tapi banyak
kerana itu aku menangis
melihat diri yang tiada apa
serba kurang dari pelbagai sudut
dulunya aku yakin
jatuh tersungkur sudah selalu
kini aku masih terduduk
menunggu keajaiban berlaku
mana mungkin !
ini realiti dan bukannya fantasi
ikutkan hati mati
jika tidak disokong oleh akal waras
aku tidak fikir panjang
satu ayat mampu aku ungkap
'' aku kosong ''
1 comment:
nice..
Post a Comment