in the name of Allah the most gracious and most merciful
kawan biar beribu
berkasih biar satu
tenang hati ini sangat tenang
Alhamdulillah aku ucapkan
aku punya ramai kawan
aku punye ramai teman
dan aku punya ramai sahabat
tiap daripada mereka membawa maksud yang berbeza
pelbagai perasaan datang menerjah
tatkala fikiran terimbas detik detik manis
tatkala mata memandang tepat pada potret lama
pada mereka aku bercerita
dan pada mereka aku berbincang
berkelahi itu satu lumrah
sedangkan lidah lagi tergigit
begitu juga dalam persahabatan mahupun perhubungan
selama mana pertengkaran dan salah faham
kita tetap akrab seperti biasa
malahan lebih akrab berbanding sebelumnya
dikala aku susah
kau berusaha untuk membantu
kau lakukan apa cara sekalipun untuk melihat
senyuman terukir di wajahku
remaja itu tidak lari dari sifat gilagila
kita lalui segalanya
kita laluinya dengan gelak tawa dan jenaka
jujur aku rindu saat itu
aku terseyum tatkala melihat potret itu
walaupun ia cuma sekeping potret
tetapi ia mengungkap berjuta kisah persahabatan kita
potret itu masih aku pegang
aku tatapinya satu persatu
aku kenali setiap sisi tentang kalian
kalian adalah yang terbaik
berjuta syukur aku panjatkan kerana
Allah telah menghantar kalian dalam hidup ini
Ya Allah
sesungguhnya persahabatan ini terlalu bernilai
kuatkan tali persahabatan antara kami
No comments:
Post a Comment