Wednesday, 17 August 2011

likuliku bersama

in the name of Allah the most gracious and merciful

saat diri keseorangan dilorong kesepian dan kesunyian
kau datang menghulurkan tangan untuk membawa aku mengembara
kita layari liku liku perjalanan perhubungan dengan sabar
segala rintangan cuba kita tempuhi walaupun sukar
aku bukanlah seorang yang kuat 
tetapi ketika kau berada disisi ini membuatkan aku menjadi diriku sendiri yang tidak perlu berpura pura menjadi orang lain

kau luahkan segalanya kepadaku supaya
tidak gentar untuk melangkah bersama mengharungi dugaan
kerana disitu akan kita temui jalan sinar kebahagiaan yang dicari
kau menjadi penyuluh yang terang dalam hidupku
supaya aku mengenali serta membezakan antara kaca dan permata
biar aku tidak mudah terpedaya dengan segala manusia ini

segala perhatian yang kau telah curahkan 
menjadikan aku merasa seperti sang puteri yang bertuah
mereka kata aku lemah dan tidak berdaya
tetapi kau ubah diriku menjadi lebih berkeyakinan berhadapan dengan mereka
walaupun jasad kita jauh tetapi hati kita selalu dekat
doa menjadi teman baik kita kerana Dia Maha Mendengar segalanya

segala teguran ku sematkan rapi di sudut jiwa ini
takkan ku biarkan ianya berhabuk tetapi
akanku praktikkan segala nasihat dan teguran dalam kehidupan harianku
kau didik diriku menjadi sederhana dan tidak berlebihan
supaya aku tidak terlalu leka dan lalai dengan nikmat dunia
yang bersifat semantara dan pinjaman ini
terima kasih wahai kekasih hati yang telah mengubah liku hidupku
menjadi lebih mudah dan teratur serta berpandangan luas

sejuta kasih kuhulurkan :')

No comments: