Thursday, 18 August 2011

hati berbisik :')

in the name of Allah the most gracious and most merciful

wahai insan yang telah memiliki sebahagian hati ini
terima kasih kerana sudi menjengah ke dalam duniaku yang sepi
duniaku kini semakin bersinar
walau ku tahu kau mungkin tidak sedar aku sedang memanggilmu tika ini
tetapi percayalah bahawa kau sangat bermakna buatku

diri ini cuma insan kerdil yang sering khilaf
maaf andai kau pernah terluka dek perangai dan tingkah laku ku
bukan aku tidak memahami diri dan hatimu
tetapi aku ingin sentiasa di sisi kamu dalam apa keadaan sekalipun
kerana itu bisa membuatku bahagia

rupa paras pangkat mahupun darjat fizikal serta luaran
bukan itu yang aku nilai untuk memberikan sebahagian hati ini kepadamu
cukuplah dengan keikhlasan yang terbit dari hatimu
untuk menerimaku ini yang serba kekurangan
kerana aku percaya dan berpegang teguh dengan prinsipku semenjak dari dulu
luaran seorang insan bukan pengukur bagi sesuatu hubungan

tatkala kau mendengar aku meluahkan rasa sayangku
bererti aku benar benar mengungkapkannya
ianya ikhlas dari sudut hati kecil insan kerdil ini
andai kau ragu ragu dengan semua kebenaran yang diluahkan
percayalah bahawa aku cuba menjadi yang terbaik di pandanganmu

dan ketika kau ucapkan rasa kasih padaku
hati tersentuh manakala mulut terkunci dan terpaku
apa yang terlintas adalah
ya ! aku juga punya perasaan yang sama sepertimu !
aku percaya kerana ianya jelas terpancar keikhlasan dari riak muka dan nada suara
 ketika kau cuba untuk meyakinkan aku
terima kasih wahai kekasih kerana punya peluang untuk bahagia disampingmu

sikap dan sifat yang ada dalam dirimu
telah menambat sebahagian hatiku ini untuk sentiasa bersamamu
keikhlasan kejujuran kesetiaan serta ketulusan yang kau pamerkan
benar benar meruntuhkan kekerasan hatiku yang selama ini bermaharajalela
doa sentiasa mengiringi perhubungan ini semoga berkekalan hendaknya
aku bahagia ketika disampingmu
wahai insan yang telah memiliki sebahagian dari hatiku ini



apa yang baik datangnya dari Allah
dan yang lemah itu dari insan ini sendiri
salam :')

No comments: