Monday 31 December 2012

soalan dan jawapan.

in the name of Allah the most merciful and most gracious.

termangu sendiri disini tanpa teman.
mengisi tiap dimensi pemikiran dengan pelbagai soalan.
soalan tentang diri dan kehidupan hakiki.

terkadang menganggap kehidupan tidak berlaku adil.
Ahh ! mana mungkin semua terjadi tanpa sebab.
sedangkan aku sendiri yang mencorakkannya.

otak menjadi semak dan berserabut.
gara gara memikirkan tiap jawapan bagi soalan kehidupan.

lelah hati dek kerana sering menangis.
air mata hati masih aku sorokkan hingga saat ini.
untuk kesekian kalinya berharap titisan jernih ini tidak dilihat oleh makhluk yang lain.

Biar kaki terus melangkah hingga bertemu apa kemahuan dihati.

No comments: