in the name of Allah the most gracious and merciful
Celik
tetapi hati yang cinta akan berdoa dan
berusaha untuk memperbaikinya
Kita terima seadanya
jika kau jatuh dan sukar untuk berdiri kembali
capai tanganku ini dan mari teruskan perjalanan
aku setia disini untuk merintis segalanya bersamamu
jika kau lelah dan tidak berdaya
letakkan tangan ke dada dan sematkan semangatmu lagi
jika kau terasa ingin menangis
menangislah sepuasnya atas segala kesilapan yang kau telah lakukan
akan aku setia disini untuk menyeka air matamu
jika kau keliru
pintalah pada-Nya yang sentiasa mendengar rintihan dan luahan
tetapi jangan kau risau sayang kerana
aku akan tetap setia disini menggenggam erat tanganmu
jika kau sudah mampu melangkah sendiri
jangan kau lupakan aku
kerana aku ingin sentiasa setia disamping kau sayang
aku punya tujuan yang satu
tujuan aku adalah bersama kau
kita mengorak langkah perlahan lahan
menggapai segala impian bersama
dari bertatih dan berjalan
kita menjadi lebih berani untuk berlari bersama
tidak pernah sekali terlintas di benak fikiran kita untuk
melepaskan genggaman tangan itu
kita punya satu tujuan
satu harapan
satu destinasi yang ingin kita kunjungi bersama
tetaplah kita disana dan moga kita dirahmati
oleh sang Pencipta yang Maha pengasih dan penyayang
benar wahai sayang
aku akan sentiasa setia disampingmu
takkan aku biarkan kau bertatih berjalan dan berlari sendiri
kerana kau adalah pemegang kunci hatiku
4 comments:
sungguh indah dan puitis...
terima kasih :')
adik okay?
tanggungjawab yang besar untuk bawa orang yang kita sayang ke jalan yang sepatutnya. even sebenarnye adik bukan seorang yang kuat. tapi adik perlu kuat untuk dia :')
Post a Comment