in the name of Allah the most gracious and most merciful
ketika keadaan mengharuskan untuk menangis
tak usah berpura
menangislah
kerana tidak semua airmata bererti lemah.
aku bermain dengan rindu
aku gagahkan diri ini
aku bermain dengan rindu
segenap hati ini terasa sunyi tanpa kau sayang
aku bermain dengan rindu
tatkala terimbas kembali detik kita bersama
aku bermain dengan rindu
sehingga aku gagal mengawal dan air mata menjadi peneman
aku bermain dengan rindu
yang sukar untuk diungkap dengan lisan
aku bermain dengan rindu
hanya sang Pencipta tahu betapa kuat rindu ini pada kau
aku bermain dengan rindu
dan memikirkan bilakah saatnya kau akan menyambut rindu ini
aku bermain dengan rindu
rindu pada kau yang sering membuat aku tertawa
aku bermain dengan rindu
rasa yang tidak dapat aku elakkan
aku bermain dengan rindu
rindu pada kau sii pemegang kunci hatiku
No comments:
Post a Comment