Showing posts with label jodoh. Show all posts
Showing posts with label jodoh. Show all posts

Tuesday, 14 May 2013

Buat permata hati.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

Dear permata,
Benar aku masih berharap,
Berharap pada impian untuk bersama kelak.

Dear permata,
Benar aku masih menanti,
Menanti untuk dikotakan segala janji.

Dear permata,
Benar cinta dan kasih sayang ini masih kuat,
Kuat kerana sayang dari hati hanya kita merasa.

Dear permata,
Benar aku akan kuat,
Kuat demi kita pada masa sekarang dan akan datang.

Dear permata,
Benar air mata ini susah untuk dihapuskan,
Sukar kerana memikirkan apa salah diri ini.

Dear permata,
Benar aku akan terus menunggu,
Menunggu kerana ini pinta dari mu wahai permata.

Dear permata,
Benar banyak ujian buat kita,
InsyaAllah ujian ini penguat antara kita.

Dear permata,
Benar impian bisa dicipta bersama yang lain,
Impian bersama permata lebih bermakna,
Bermakna kerana kau mengubah siapa aku yang dulu menjadi seperti sekarang.

Dear permata,
Benar kita menjadi celaru,
Celaru ini diharapkan tidak berpanjangan.

Dear permata,
Benar sungguh benar,
Akan aku nanti kedatangan kau wahai permata,
Kedatangan yang bakal membawa berjuta kasih,
Kasih antara keduanya.

Dear permata,
Benar aku berharap ini semua tidak berpanjangan.
Sungguh aku berharap pada kita,
Harap kau cukup mengerti apa isi hati ini.

Friday, 26 April 2013

Bicaralah biar semua pasti.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

Adakah aku salah dalam tiap yang berlaku sekarang ?
Aku punya masa lalu yang ngeri.
Apa lagi yang menhantuiku jika tidak masa lalu.
Ya Allah, aku terduduk tersungkur atas tiap hikmah yang Kau pamerkan.
Aku lemah,
Kini masa depan menjadi mangsa percaturan dari masa lalu.
Ya Allah, aku lelah memendam tangisan dari hati. Tiada berdaya lagi.
Sekalian makhluk tidak akan memahami peritnya aku melalui liku ini.
Tubuh kian lemah. Ditakuti aku akan terus duduk ditakuk ini selamanya.

Gentar untuk bangkit semula.
Pedih rasanya menahan kesakitan dihati.
Aku pendam segalanya rapi didalam hati biar luar tampak gagah.
Persoalan ; Sampai kapan ? *Tiada jawapan tetap.
Segalan hikmahNya ini menjadikan aku redha.
Redha untuk melihat apa yang bakal terjadi kelak.
Andai jodoh menyebelahi, aku punya masa depam yang aku idam.
Jika tidak, mungkin mengambil masa untuk pulihkan hati ini.
Aku kian memaksa. Maaf dari hati mampu terucap.



Aku masih dibayangi masa lalu.
Tidak tahu bila penamatnya rasa ini.
Aku takut berhadapan khalayak.
Ya Allah, akukah penyebab ? Ya Allah, sebaknya dada !
Kepingin sekali merehatkan diri membawa hati bersantai.
Hati ini letih dirundum pelbagai ujian.
Sukar menjelaskan apa rasanya diri dan hati tika ini.
Sebak, sedih, kecewa, terkilan, ternanti, ragu ragu, khuatir.
Tiada perasaan yang bahagia pada masa ini.
Ya Allah, benar aku tidak tertanggung.

Adakah niat yang suci masa depan juga tidak layak buat aku ?
Satu persatu ujian buat masa depan.
Tiada ruangkah buat aku pada masa depan yang indah indah ?
Tiada peluangkah buat aku untuk menjadi lebih baik pada impian masa depan ?
Nahh ! ini rasaku atas kesalahan orang yang lain. Adilkah buat aku ?
Walau berjuta lembaran ku tulis untuk menghurai rasa hati,
Ia tetap tidak cukup kerana terlalu banyak perasaan sedih bercampur baur.
Terlalu banyak persoalan dalam diri.
Aku rasakan ini tidak adil buat aku jika masa depan bersama tidak tercipta kelak.
Akan aku terus menerus menyalahkan masa lalu yang kejam jika masa depan yang diimpi tidak terukir cantik seperti yang aku ingin dikanvas hidup.



Wednesday, 27 February 2013

Jodoh Allah. InsyaAllah.

in the name of Allah the most gracios and most merciful

Kini aku meniti hari
Meniti hari yang terindah dalam hidup
Hidup yang bakal dibina dengan si pemilik sebenar tulang rusuk kiri ini

Ini masa hadapan. Ini cita cita. Ini juga impian.

Saat hati telah bertaut erat
Menyuarakan hasrat untuk bersama
Memilih haluan untuk ikatan yang halal
Ini apa yang aku impikan Ya Allah !

Memang benar,
Hati lebih tenang jika semua ini direstui

Kini aku sedar
Tiap jatuh bangun dari kegagalan pasti ada peneman setia
 Tiada yang lebih setia disisi melainkan keluarga

Saat si ibu dan ayah tahu apa terbuku dihati anak ini
Mereka tenang mengizinkan pilihan mereka
Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah memudahkan semua hal
Sujud syukur hanya padaMu

Air mata ini mengalir setelah sekian lamanya
Ini air mata kegembiraan
Kebahagiaan yang aku kecapi tidak terhingga
Bersyukur lagi padaMu

Perwatakan ku seakan kanak kanak
Mampukah aku bergelar isteri solehah buat si suami ?
*Perlahan lahan aku kaji diri
InsyaAllah aku mampu dengan bantuan peneman setia lagi

menunggu giliran merasa.
*tears :')