Sunday, 28 April 2013

Biarkan aku !

Sudah,
Biar aku sendiri rasa sakit.
Biar aku salahkan diri sendiri.
Biar aku rasa sunyi sepi.
Biar aku jadi pendendam.
Biar hati menjadi keras.
Biarkan aku dengan apa tindakan aku.

Muak ! Jemu !
Jangan datang dekat.
Jangan tanggung sakit aku.
Jangan pernah rasa masalah ini.

Jahat,
Ya, benar itu aku !
Aku memang kejam.
Aku memang selfish.
Aku cuma beban buat kalian bukan ?

Aku punca segala hal.
Aku tiada guna pada sesiapa.
Aku tidak layak buat mereka.
Aku kian mendesak dan memaksa.
Aku tiada persefahaman.

Segala tentang aku sangat mengecewakan.
Biar berjuta kebanggaan cuba aku buat,
Sekeliling takkan pernah nampak.

Jika aku lemah,
Jangan pimpin tangan dan biar aku bangkit sendiri.
Terus lihat dan gelakkan dengan tindakan aku biar aku kuat.
Apa aku peduli ?
Tidak sedetik pon kalian akan paham. Tak akan !



Friday, 26 April 2013

Bicaralah biar semua pasti.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

Adakah aku salah dalam tiap yang berlaku sekarang ?
Aku punya masa lalu yang ngeri.
Apa lagi yang menhantuiku jika tidak masa lalu.
Ya Allah, aku terduduk tersungkur atas tiap hikmah yang Kau pamerkan.
Aku lemah,
Kini masa depan menjadi mangsa percaturan dari masa lalu.
Ya Allah, aku lelah memendam tangisan dari hati. Tiada berdaya lagi.
Sekalian makhluk tidak akan memahami peritnya aku melalui liku ini.
Tubuh kian lemah. Ditakuti aku akan terus duduk ditakuk ini selamanya.

Gentar untuk bangkit semula.
Pedih rasanya menahan kesakitan dihati.
Aku pendam segalanya rapi didalam hati biar luar tampak gagah.
Persoalan ; Sampai kapan ? *Tiada jawapan tetap.
Segalan hikmahNya ini menjadikan aku redha.
Redha untuk melihat apa yang bakal terjadi kelak.
Andai jodoh menyebelahi, aku punya masa depam yang aku idam.
Jika tidak, mungkin mengambil masa untuk pulihkan hati ini.
Aku kian memaksa. Maaf dari hati mampu terucap.



Aku masih dibayangi masa lalu.
Tidak tahu bila penamatnya rasa ini.
Aku takut berhadapan khalayak.
Ya Allah, akukah penyebab ? Ya Allah, sebaknya dada !
Kepingin sekali merehatkan diri membawa hati bersantai.
Hati ini letih dirundum pelbagai ujian.
Sukar menjelaskan apa rasanya diri dan hati tika ini.
Sebak, sedih, kecewa, terkilan, ternanti, ragu ragu, khuatir.
Tiada perasaan yang bahagia pada masa ini.
Ya Allah, benar aku tidak tertanggung.

Adakah niat yang suci masa depan juga tidak layak buat aku ?
Satu persatu ujian buat masa depan.
Tiada ruangkah buat aku pada masa depan yang indah indah ?
Tiada peluangkah buat aku untuk menjadi lebih baik pada impian masa depan ?
Nahh ! ini rasaku atas kesalahan orang yang lain. Adilkah buat aku ?
Walau berjuta lembaran ku tulis untuk menghurai rasa hati,
Ia tetap tidak cukup kerana terlalu banyak perasaan sedih bercampur baur.
Terlalu banyak persoalan dalam diri.
Aku rasakan ini tidak adil buat aku jika masa depan bersama tidak tercipta kelak.
Akan aku terus menerus menyalahkan masa lalu yang kejam jika masa depan yang diimpi tidak terukir cantik seperti yang aku ingin dikanvas hidup.



Saturday, 20 April 2013

Tanya dan jawab balik.

in the name of Allah the most gracious and most merciful



Kejamkah aku ? Selfishkah aku ? Apa mahunya aku ?

Aku tukang tanya dan aku juga mencari solusi sendiri.

Pada saat aku perhalusi tiap jawapan,


Aku dihambat rasa sedih teramat.

Tangis aku cuma sekadar dari hati.

Aku pura pura gagah kerna aku tahu dengan permulaan kepuraan ini,

Disitulah akan aku temui semangat diri.


Aku menjadi tidak selembut dulu semula,


Kerna menahan sakitnya air mata yang diminta dizahirkan dari luar.


Hanya maaf mampu aku ucap walau aku tahu,


Maaf ini sering aku ungkap namun kesalahan sama akan terjadi.


                                                                                                                                                                                           @fatynnfatienn



Thursday, 18 April 2013

Kanvas milik KITA.


In the name of Allah the most gracious and most merciful.

Pagi ini indah.
Aku penuhi seluruh hati dengan meresapkan rindu antara kita.
Kesunyian ini kau isikan walau tidak selalu.
Aku cuba paham lagi.
Banyak persamaan antara kita.
Kau suka, aku suka.
Pemikiran kita sama.
Tidak mahu dipisahkan persis cinta si shah jehan dan mumtaz.
Setianya shah jehan terhadap mumtaznya.
Kita juga sama.
Jangan sesekali menjauh.
Sama sama kita kotakan janji dan impian yang kita coret dikanvas perhubungan ini.
Ya Allah, terlalu banyak impian yang aku lakar didalam kanvas kosong milik KITA.
Ingin sekali ianya dicapai bersama.
Bersama kita corak kanvas itu.
Agar ianya ceria seindah pelangi selepas lebatnya hujan.
Kita tulis satu persatu konklusi untuk tiap ujian yang bakal menimpa.
Tabirnya kita penuhi dengan kasih sayang menjadi yang halal.
Tanahnya kita suburi dengan rasa syukur yang tidak putus padaNya.
Kita tanam dengan halalnya pepohon cinta.
Bajai tiap tanaman dengan keletah manja menjadi pasangan suami isteri kelak.
Siraminya dengan perhatian sesama kita.
Kita bina mahligai impian diatas kanvas kosong supaya tampak sempurna.
InsyaAllah. . . . . . . . . . .

@fatynnfatienn

                                                    


Wednesday, 17 April 2013

Silence.

In the name of Allah the most gracious and most merciful

Tiada penulisan buat masa ini. Meski banyak terbuku dihati.
Namun hati dan jari enggan bekerjasama.


Thursday, 4 April 2013

Teruslah kuat wahai kasih.

In the name of Allah the most gracious and most merciful

Tangis ini kerana takut kehilangan.
Tangis ini kerana ingin awak disisi.
Tangis ini tanda sayang.
Tangis ini tanda cinta yang baru berputik.
Dan aku gagal menahan tangisan ini dari mengalir deras.

Ujian ini menguatkan kita. Teruslah kuat wahai kasih.
Jangan risau, saya akan setia disamping awak.
Tiada apa yang saya pinta.
Teruslah berdiri teguh walau tubuh awak kian lemah longlai.

Pesanan itu akan aku amati.
Sedikit demi sedikit aku akan turuti.

Diri ini kuat demi awak.
Diri ini cuba melakar senyuman walau hati menangis.
Jangan risau, kita tak minta semua ini terjadi.
Ini penguat kasih kita.

Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya.
Dan kita akan terus bersama mengharungi tiap ujian mendatang.
Jangan risau wahai kasih.
Cinta dan kasih ini akan tetap erat.
Kita akan terus capai impian bersama, kan ?


Saya rindukan gelak awak. Tersangat rindu *tears.