in the name of Allah the most gracious and most merciful
Bahagia
punya maksud yang sangat meluas . bahagia kepada siapa ? bahagia kerana apa ? dan bahagia bersama siapa ?
andai sudah temui bahagia yang baru dengan persekitaran yang baru . ingatlah pada bahagia yang lalu semasa kita sama sama berusaha susah payah pahit manis mencapai kebahagiaan dengan insan yang selalu disamping kita waktu duka atau gembira .
pernah tak kita kaji dan fikir sekiranya bahagia yang kita temui sekarang adalah bukan bahagia yang hati kita inginkan ? pernah kita selidik ? bahagia kerana apa ? kerana harta semata ? andai bahagia yang dikecapi hanya kerana keistimewaan dan kesenangan . mungkin kita akan merasa bahagia itu hanya untuk seketika cuma .
Tetapi, merasa susah dengan insan yang kita sayangi . bukanlah sesuatu yang tidak indah . bahkan itu juga merupakan salah satu perasaan bahagia bagi setiap insan yang berkasih.
bahagia apa yang kita cari ? bahagia apa yang kita maksudkan ?
andai bahagia hanya pada luaran tetapi hati tidak begitu mengkehendakinya . itu bukanlah bahagia .
jangan pernah kecewakan hati insan yang selalu disisi kita . jangan kecewakan mereka yang banyak berkorban untuk kita . jangan pernah khianati janji yang pernah kita lafazakan bahawa kita akan membahagiakan dia serta akan terus membuat dia bahagia . kerana sakit dihatinya mungkin tidak dia luahkan .
No comments:
Post a Comment