Wednesday 30 January 2013

Hilang segala perlakuan dan perkataan

in the name of Allah the most gracious and most merciful


Aku silap langkah ?
Aku salah buat keputusan ?
Ape aku dah buat sebenarnye ?
*monolog sendiri

Kenapa aku begitu dan begini ?
Kenapa aku keraskan hati ?
Kenapa aku butakan mata ?
Kenapa aku ?
*pergolakan emosi terjadi lagi

Mereka semua sakit
Mereka semua derita
Mereka semua menahan rasa
Mereka semua menanggung beban
Kerana siapa ?
Aku !
 *jatuh terduduk

Adakah aku perlu pergi ?
Atau aku perlu terus disini buat mereka yang telah aku sakiti ?
*masih terpinga pinga

Heyy perempuan !
Apa jenis manusia kau ni ?
Pentingkan diri sendiri ?
Sekeliling apa cerita ?
Apa tindakan ?
Jadi pekak ?
Jadi bisu ?
Jadi kaku seperti patung ?
Atau terus dengan emosi kau ?
*makian demi makian pada diri

Mane nak jalan ?
Banyak sangat jalan
Tolong suluhkan jalan paling terang
Biar aku bisa berjalan dengan bahagia
Ahh ! Aku tak layak bahagia.
*lupuskan segala harapan

Mungkin aku orang yang paling layak merasa ini
Padan muka kau !
*ini padahnya


Boleh tak aku nak duduk sini lama lama ?
Boleh tak aku nak sendiri sekejap ?
Boleh tak biar kaki ini terus berpijak pada tepian pantai ?
Izinkan aku berkawan dengan deruan ombak
Izinkan air mata ini terus mengalir
Mengalir deras seperti ombak itu
Izinkan aku menetap ditepian pantai sehingga aku puas
Puas mencari tiap jawapan dibalik ketenangan pantai
*cuba untuk bangun sendiri

Izinkan aku berjalan dalam hujan 
supaya mereka tak dapat melihat air mata ini rancak mengalir membasahi pipi


Monday 28 January 2013

Sadness come again.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

Lidah setajam pisau

Aku meluahkan apa yang tersimpan
Aku menceritakan apa yang aku rasakan
Aku menangis kerana tak dapat menahan
Aku meraung kerana kesakitan
 
 Aku sayang dan aku cinta
Aku derita dan aku bahagia
Aku ketawa dan aku menangis
Sakit itu aku tahan kerana rasa sayang yang menebal
 
Kini kau katakan tiada makna hidup tanpa istilah KITA
Kini aku kaku tanpa tingkah laku
Kini aku bisu tanpa kata kata

Keras ini hanya kau mampu lembutkan
Sakit ini hanya kau mampu ubatkan
Derita ini hanya kau mampu sembuhkan
Luka ini hanya kau mampu pulihkan
Tangis ini hanya kau mampu hilangkan
Sepi ini hanya kau mampu isikan
Kerana kau punca dan kau penawar


Sunday 27 January 2013

Sandiwara Dipentas Lakonan.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

Kali ini aku gagal tahan emosi lagi
Ingin aku lepaskan mereka
Biar aku jatuh bangun sendiri

Makin dikejar semakin lari
Aku lelah bersungguh sendirian
Tiada guna lagi
Jika segalanya terikat oleh hati yang mati

Biar keajaiban berlaku
Walaupun aku tahu ini semua mustahil
Ini cuma sandiwara dipentas lakonan milik aku
Aku sedikit lemah
Jangan datang dekat
Biar aku papah diri ini sendiri
Aku tak perlu sesiapa
Noktah !

Inilah pergolakan emosi diri

Monday 21 January 2013

Bertambah keturunan ibu abah :')

in the name of Allah the most gracious and most merciful

ONE GOOD NEWS ; 
kak linda said ;
'' Akak dah jumpe doktor.
Anak sedara atynn.
Dah 5minggu 6hari :) ''

tengah keje and dapat berita.
emosi lebih sampai aku menangis bagai.
aku memang suke budak budak.
admit :')

8month ummi and walid to be :')
Tahniah. Sayang kakak !

Sunday 20 January 2013

Beri sedikit ruang penghargaan.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

Jangan bila dah tiada baru sedar untuk menghargai.
Ramai lagi manusia sedar erti menghargai dan kebahagiaan.
Aku dilemma.
Antara cinta dan bahagia.
Akan aku dalami semua satu persatu.
Mereka menghargai dan memberi kebahagiaan.
Mereka celikkan mata hati aku ini.
Sedangkan kau seakan telah lupa semua. 
Terima kasih pada kau.

 Hargai selagi ada.
Jangan pernah kesal dan menyalahkan jika aku pergi dan takkan pernah kembali.

Friday 11 January 2013

Pemilik tulang rusuk ini.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

Kunfayakuun ;
Qur'an 36:82 - 
All He [God] needs to do to carry out any command is to say to it, "Be," and it is.

Debar dalam hati masih kuat.
Non-stop since semalam.
Hal ini terjadi bila semua rasa bergaul sekali.
Sebak happy eksaited terharu nak nangis and banyak lagi !

Otak makin letih kerana tiada rehat.
Sehingga kini ia masih bekerja buat diri.
Saat hati ingin mengiyakan tetapi punya halangan.
Ahh rumit !

Jodoh itu telah tertulis ketika dalam perut sang ibu lagi.
Dia adalah pengatur terbaik.
Kita sering lelah kecewa bertemu mereka yang salah.
Kita sering mengeluh mengapa dan kenapa semua ini terjadi.
Sehingga lupa bahawa semua ini ada punya hikmah tersurat dan tersirat.

Bila diri punya pilihan.
Jalan yang terbaik adalah melakukan istikharah.
Itu pesanan si ibu sejak dulu.

Takut.
Runsing.
 
Mereka penting.
Mereka yang disayang.
Punya watak berbeda.
Aku buntu.

Perkahwinan.
Satu impian.
Niat suci lagi murni. 
Bahagia diimpi bersama si pemilik tulang rusuk kiri ku ini.
  
Mampukah aku membuat pilihan ?
*bermonolog sendiri.
Aku serahkan segala padaNya.
Seperti biasa ; Dia pengatur terbaik.


Ya Allah 
Seandainya dia jodohku , jangan pernah kurangkan rasa sayang aku padanya. 
Sesungguhnya aku amat menyayanginya. Aminnn.     
        

Monday 7 January 2013

Angan angan mase kecik.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

Aku ingat lagi mase aku kecik dulu aku pernah request something dengan ibu.
Guess what ? Aku nak abang. Yes, aku nak abang.
Total adik beradik aku 4 orang ; 3 perempuan and 1 lelaki.
Sebab ape aku nak ade abang ?
Emm. Actually banyak sebab nape aku perlukan abang.
The reason is ; 
Pernah sekali aku dengar cerita kawan kawan yang ade abang.
Dorang kamcing ngan abang. Ape dorang nak, abang bagi (if abang yang dah koje lee)
Benda yang paling best if kite ade minat yang same.
And bile korang ade problem ngan balak, 
sape yang akan masuk campur kalau tak abang tu sendiri kan ? 
Bagi aku. macam seronok giler kalau abang tuu cakap ;
'' Kalau jadi pape kat adik aku, aku carik kau jee ''
Ohh. Ayat tuu macam sangat keramat je bagi aku.
Al maklum laa, diri ini tiada kasih seorang abang. Hahaha.
  But now, aku lebih bersyukur.
Even aku takde abang, at least tempias abang ipar ade.
Abang ipar yang baik sebab menjaga kakak aku dengan cukup sempurna.
Aku ade abah yang selalu tunaikan ape aku nak selagi dia mampu.
Aku ade adik lelaki yang nampak macam tak heran tapi dia sangat menjaga kakaknye.
Aku ade si along gemok yang jauh dimata dekat dihati.
Aku punya seorang abang, teman, kawan baik yang layan aku and bawak aku kehulu ke hilir. Yang selalu melayan kerenah aku yang banyak songeh dan serba tak kena ditambah dengan sifat serabai aku. Haha.

'' oh lord ! a million thanks because sending them in my life ''

Honestly, aku seronok menghabiskan masa masa aku bersama dorang.
Memang terkadang sakit hati but heyy ! normal laa weyy. Haha.