Friday, 17 May 2013

Berjalan Tanpa Henti. Tiada Rasa Lelah.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

Ingin sekali aku nyatakan suara dari hati,
Tiada siapa dengar rintihan kecil ini,
Kini sedih menerjah kembali.

Dulu aku penuhkan hati dengan ego,
Aku katakan jangan datang papah saat aku rapuh,
Tapi itu semua dulu,
Saat dia belum hadir meminta izin menjadi pemegang kunci hati.

'' Takkan aku berjauhan dari kau ''
'' Hati ini sukar saat berjauhan ''
'' Takkan aku biar kau sendirian ''
'' Aku rasakan sudah sebati ''
'' Ingatlah, pada setiap susah senang itu, aku akan sentiasa disisi ''

Inilah ayat penguat aku,
Seakan hilang dan pudar kini,
Aku gagal temui sisinya yang semangat seperti dulu.

Lantas aku bangkit,
Ingin suarakan apa terbuku dihati,
Tapi... aku tidak diberi peluang.

Ya, aku juga bingung,
Aku juga sebak,
Tapi ada tanya apa hati rasa?
Terasa seperti bangkit sendiri.

Walau tidak aku ungkap,
Aku faham sendiri bila dia katakan,
'' Susah senang kita, biar bersama ''
Ini apa aku pertahankan sekarang.

Saat aku mencari solusi,
Berani tampil walau diminta berdiri sendiri,
Berani lontarkan apa yang benar,
Tapi.. tiada siapa mahu mendengar,
Apa lagi hati rasa?
Ya, tiada siapa tanyakan kondisi hati.


Saat diminta cinta dan hati,
Aku berikan dengan harapan tiada lagi hati terluka,
Benar, dijaga aku dengan rapi,
Diberi perhatian yang cukup istimewa,
Nahh, aku rasa ini bahagia sebenar,
Bertuah !

Aku letak satu persatu saat masa berharga,
Biar pulih semangatnya,
Aku buat dia tersenyum walau itu senyuman dalam sedih,
Aku biar dia senyum walau hati ini menangis,
Aku rasakan ini tugas,
Biar aku ambil alih tugasnya menceriakan aku dulu.

Aku tidak tahu apa penghujung,
Masih berharap dan menanti,
Suatu perkhabaran gembira.

Sikap dan perwatakannya berubah,
Aku hilang dirinya yang dulu,
Jujur aku sedih,
Ingin menangis sepuasnya.



Apa buat aku kuat ?
Senang saja cara aku,
'' Berani kerana benar, takut kerana salah ''
Cukup dengan ini,
Andai masih disalahkan,
Aku tetap dipihak yang benar, 
Tak usah gentar.


Jika ditanya apa aku mahu lakukan,
Izinkan aku bersuara biar sama adil,
Izinkan kami untuk buktikan jalan bersama,
Izinkan aku jadi penemannya seperti kami impi,
Niat aku cuma,
Tidak mahu dia sakit kali kedua,
Perit rasanya kerana aku pernah rasa juga,
Ini alasan aku menghargai Kami.



2 comments:

lynndamya said...

mahligai kasih tu lama xdgr ! :D

nur fatinah mohammad shariff said...

Haha. Lagu evergreen tuu kak :'D