Friday 27 April 2012

jika nanti.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

Biarpun jalan itu panjang, 
kita akan merintisnya perlahan-lahan ''

jika satu hari aku tak mampu bersuara
tolong fahami apa yang hati cuba luahkan

jika satu hari aku tak mampu melihat
pimpin tangan ini kemana hendak dituju
izinkan aku melihat dan menilai melalui mata hati

jika satu hari aku tak mampu mengingati segala kenangan
bantu aku cipta kenangan itu semula
dan binalah memori baru bersama

jika satu hari aku tak mampu berjalan dan bergerak
setialah menjadi teman bercerita disampingku

jika satu hari aku tak mampu melakar senyuman
ketahuilah bahawa aku selalu bahagia disampingmu

jika satu hari mataku terpejam
tubuh tebujur kaku buat selamanya 
iringilah aku buat kali terakhir ke pusaraku
tadahkan tangan dan mendoakan aku disana

dan pada tika itu
maafkan aku jika tidak lagi disisi
maafkan aku jika tidak lagi menjadi teman untuk kau bercerita dan meluahkan sesuatu
tetapi ketahuilah bahawa aku tetap setia dihati dan Allah Maha Mendengar luahan hambaNya

moga kita juga mampu membina istana bahagia disyurga nanti
aminnn~


Thursday 26 April 2012

salam rindu.

in the name of Allah most gracious and most merciful


You know you truly love somebody 
when they hurt you so badly, 
but all you can think about 
it is the times when they made you smile.

sekali kata sayang, selamanya akan sayang.
aku tidak tahu apa itu perhubungan
sehingga tikanya kau hadir dalam hidup aku


aku punya rasa cemburu yang kuat
kadangkala aku cemburu pada perkara remeh
aku buat kau rimas


kau tahu sifat cemburu yang tebal dalam diri aku
kau bermain dengan rasa cemburu itu
kerana kau cukup tahu bahawa ;
sekali kata sayang, sayang itu untuk selamanya


cemburu tanda sayang ?
kadang tiada apa untuk aku cemburukan
tetapi kau suka lakukan sesuatu untuk buat aku cemburu
hanya untuk lihat reaksi dan apa yang akan aku lakukan


itu buat aku geram
tapi aku tahu kau bergurau
aku cuma perlu tahu sikap dan sifat kau
aku peru dalami semuanya


kau seorang pemegang kunci hati aku yang setia
kau seorang yang kuat
kau seorang yang rajin dalam semua perkara
kau seorang yang bertanggungjawab
kau seorang yang berpegang pada janji
kau seorang yang mampu buat aku tersenyum saat airmata mengalir
terima kasih :')





[Doa Nabi Yusuf Kepada Zulaikha]


... "Ya Allah,
sampaikan salam rinduku
kepada ...... (nama penuh insan tersebut ),
sehingga aku menjadi kerinduannya..
Amin.. :)



Tuesday 24 April 2012

tentang dia ; lelaki itu.

in the name of Allah the most gracious and most merciful


Lelaki tidak akan cuba untuk menangis 
di hadapan kekasih mereka 
Tetapi jika mereka tunjukkan 
itu adalah air mata yg ikhlas mencintai anda.


tentang lelaki itu
dia yang selalu buat aku senyum
dengan lawak dan segala mimik mukanya

tentang lelaki itu
dia buat air mata ini mengalir deras
dengan segala perhatian yang telah dberikan

tentang lelaki itu
yang marah kerana punya sebab kukuh
dia ingin yang terbaik buat diri ini

tentang lelaki itu
berpura tidak ambil berat
tetapi dialah yang sedia hulurkan tangan saat aku jatuh

tentang lelaki itu
terkenal dengan sifat egonya
tetapi merendahkan egonya bila kami bersama

tentang lelaki itu
yang selalu aku sakiti hatinya
tetapi tetap setia disisi sehingga ke saat ini

tentang lelaki itu
tidak pernah menyalahkan aku atas apa yang berlaku
dia lupakan semuanya dan terus senyum

tentang lelaki itu
aku katakan yang dia tidak memahami apa aku rasakan
sebenarnya dialah yang tahu apa yang hati aku inginkan

tentang lelaki itu
aku selalu merungut tentang sesuatu perkara
tetapi dia cuba untuk tunaikan segala permintaan aku

tentang lelaki itu
luarannya sangat kental dan selalu tesenyum
tetapi airmata kelelakiannya juga pernah gugur

tentang lelaki itu
yang sangat sangat aku kagumi 
kerana sikap tanggungjawabnya yang menebal

teristimewa buat sii lelaki itu ;
terima kasih kerana memahami sikap keras kepala saya.
terima kasih kerana selalu buat saya tersenyum dalam setiap keadaan.
terima kasih kerana ajar saya tentang berdikari, jangan merungut dan sabar.
terima kasih kerana buat saya menjadi seorang yang istimewa.
terima kasih kerana marah saya demi kebaikan diri saya sendiri.
terima kasih kerana ajarkan saya tentang kehidupan dan perhubungan
terima kasih yang tak terhingga untuk semua.


Wednesday 18 April 2012

hospital dan persiapan kawen.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

ehem ehem. uhuk uhuk. 
sorry sebab gua tak berapa nak sihat sikit
harini gua agak ganas sebab dah lama tak mengganas
err. perlu ke ?
yee. memang perlu jadi ganas sekali sakala.

semalam gua telah keluar dengan ibu 
nak carik set bilik tidur untuk pengantin 
tapi sayang seribu kali sayang
bukan gua yag nak kawen tapi kakak sulung gua nak kawen
melepas laa gua. sedihh !

setelah seminggu gua tak dapat coolblog
semalam jugak hasrat hati gua tercapai
dua coolblog gua sorang yang hadap. hihiii
gua memang penagih tegar coolblog.
sekian.

harini hajatnya nak pergi buat ic baru
sebab ic gua tuu dah lama pastu ic tuu spoil sikit
sebab tak nampak batang hidung gua yang mancung niii
dah macam voldemort dah gua tengok
gua malas nak tunjuk sebab tu ic gua darjah 6 dulu
muka budak budak lagi and nampak comel gitu.
karang semua terpikat pulak. haha !

tapi hajat buat ic terpaksa dibatalkan
sebab abah gua kene tahan ICU pagi tadi.
sepantas kilat gua ngan ibu pegi hospital.
abah gua memang degil sama macam gua.
ade saluran dalam badan yang nak tersumbat then
kalau dia silap langkah boleh jadi lumpuh T_T

boleh lagi dia bergurau bagai kat sana.
siap kata nak balik nak pergi mancing laa hapee.
gua ngan abah memang serupa sangat.
kami lahir pada tarikh dan hari yang sama.
iaitu 25 november hari kamis (tak silap hari laa)
kami same same anak number tiga dalam adik beradik
kami keras kepala dan keras hati.
degil dan susah nak dengar kata.
dah kena batang hidung baru reti nak duduk diam.
itu kami

errr. tapikan satu benda yang tak same laa.
gua banyak mulut tapi abah gua macam tak sangat.
gua memang banyak cakap.
bila dah start cerita memang akan cakap dan cakap.
haha. itu gua.

okayy laa.
mulut gua memang nak cakap lagi.
tapi tangan gua penat dah menulis.
baiibaii.

Tuesday 17 April 2012

aku keliru.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

dia cuba berubah. dia cuba menjadi matang
tetapi keadaan cuma semakin keruh
dan kini dia keliru.
keliru

aku ingin menjadi sekuntum bunga mewangi
tetapi aku tahu diri ini tidak layak

aku ingin menjadi seindah pelangi
tetapi aku surami hari hariku dengan air mata

aku ingin menjadi kilauan bintang dilangit
tetapi aku gagal untuk menghargai diri sendiri

aku ingin menjadi sinaran mentari nan cerah
tetapi aku gagal untuk menghiasi senyuman diwajah

aku ingin menjadi burung yang berkicau riang
tetapi aku salahkan diri sendiri atas apa yang berlaku

aku ingin menjadi sekuat ombak dipersisir pantai
tetapi aku hancurkan diri ini

kini aku hanya menjadi aku yang tiada apa
dan aku tiada apa apa lagi
ditemani sii sunyi disisi
aku cuma sendiri
kaku disini.


Monday 16 April 2012

aku dan titisan jernih ini.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

ketika keadaan 
mengharuskan untuk menangis, 
tak usah berpura dan menangislah. 
kerana tidak semua airmata bererti lemah.



bila tangan terus menari diatas keyboard
bila butir permata jatuh membasahi pipi
bila hati terasa sakit dan pedih
bila fikiran cuba untuk berfikir secara positif
bila mulut ingin mengungkapkan rasa terkilan
bila rasa amarah menyelubungi diri
bila syaitan membisikkan sifat sifat mazmumah
bila titisan air mata ini semakin deras mengalir

menahan rasa kecewa dengan sikap setengah manusia
dan saat ini aku terpaksa melaluinya sendiri
hanya aku dan titisan air mata yang jernih ini.

hate it.




Saturday 14 April 2012

sii pemegang kunci hati.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

He : I wanna be a superhero, guess my name :)
Me : Superman? Ironman?
He : (smile) "YOURMAN"



wahai sii pemegang kunci hatiku,
inilah aku apa adanya.
yang ingin selalu membuat kau tersenyum bahagia.
maaf andai aku tak sempurna.

wahai sii pemegang kunci hatiku,
inilah cintaku apa adanya.
yang ingin selalu disisimu disampingmu.
meniti tiap detik gembira mahupun duka.

wahai sii pemegang kunci hatiku,
jalan kita masih panjang.
cabaran dan dugaan perlu kita harungi.
aku mohon kau tetap setia disini.

wahai sii pemegang kunci hatiku,
akan aku semai perhubungan ini dengan rasa sayang.
biarkan ianya menjadi kuntuman kuntuman bunga mewangi.
yang sentiasa mekar ditaman hati kita.

wahai sii pemegang kunci hatiku,
akan aku jaga cinta yang telah kita bina.
walau hari berganti hari.
tetaplah kita disini menuju destinasi impian yang satu.

Thursday 12 April 2012

she with her smile.


in the name of Allah the most gracious and most merciful



she's an actress in her own theater of life

she was borned as a cute little girl who always smile

smile is her bestfriend for that time

she enjoys every moments as a child

day by day and time pass away

she's grew up as a beautiful teen

she kept smile like before

she tried to understand everything

she learned how to be mature

she had used her eyes to look and used her heart and mind to decides

her target now is to be an extraordinary women

being loyal towards her true love

tried to chase her dream and running to get it

she learned how to be strong

still smile even she had to face of many obstacles

because she knew that big girls don't cried

and till now,

this girl tried to colourful other's life with her beautiful smile.




Wednesday 11 April 2012

ada gempa bumi ?

in the name of Allah the most gracious and most merciful

duduk dalam bilik sambil tengok movie

tiba tiba rasa macam bergerak gerak

rasa tak sedap hati terus panggil ibu

kuat sangat gegaran tuhh

tak berani duduk dalam rumah pergi kat luar

rupanya jiran pon rasa jugak

memang betul ade gempa bumi

kat dalam hati dah ingat mereka yang tersayang

abah pergi mancing

sii pemegang kunci hati pergi meniaga

semoga mereka selamat hendaknya

Ya Allah,

pertama kali rasa macam nihh

sikit sikit Allah bagi peringatan pada kita.

wordless wednesday >> 6

in the name of Allah the most gracious and most merciful


Tuesday 10 April 2012

kau ingatkan aku.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

kau ingatkan aku ;
setiap hal yang menimpa pasti ada solusinya
cuma kita sebagai manusia perlu berfikir dengan waras mencari jalan

kau ingatkan aku ;
jangan pernah bimbang lagi dengan genggaman tangan kita
ianya akan sentiasa erat disulami rasa sayang yang bercambah

kau ingatkan aku ;
mereka bukan penghalang bahkan mereka menjadi semangat buat kita
selagi kita sujud kepada Allah Yang Esa dan memohon pertolongan dari-Nya
nescaya tiada apa yang mustahil sayangg.

kau ingatkan aku ;
setiap ujian yang mendatang adalah saat saat yang berharga buat kita
jangan sia siakan detik ujian itu kerana ianya mengajar kita erti kedewasaan

kau ingatkan aku ;
abadikan kenangan kita bersama kerana ianya sesuatu yang indah
kenangan itulah yang bakal merawat setiap liku liku yang perlu kita tempuhi kelak

kau ingatkan aku ;
genggaman ini jangan dilepas tetapi tetapkanlah ia dengan doa semoga makin erat
kerana kau telah memilih aku untuk menjadi suri hidup kau dan ibu buat keturunan kau sayangg.

kau ingatkan aku ;
jangan sesekali aku menitiskan butir butir permata dari mata hitamku ini
ia kerana kau tidak sanggup melihat aku bersedih menaggung setiap ujian antara kita
bahkan kau beri aku masa untuk membina semula semangatku itu

terima kasih Ya Allah !
kau temukan aku dengan pemegang kunci hatiku ini.


kenapa Allah ambil sesuatu yang kita sayang ?

in te name o Allah the most gracious and most merciful

'Mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, 
padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.'
 [Q.s. An-Nisa:19 ]




kenapa Allah ambil sesuatu yang kita sayang ?
kerana Dia nak gantikan dengan yang lebih baik


kenapa Allah ambil sesuatu yang kita sayang ?
kerana Dia nak ajar kita apa itu redha dan sabar


kenapa Allah ambil sesuatu yang kita sayang ?
kerana Dia ingin mengajar kita erti 
mensyukuri setiap nikmat yang telah diberikan


kenapa Allah ambil sesuatu yang kita sayang ?
kerana Dia nak kita selalu dekat dan memohon meminta 
pertolongan daripada-Nya


kenapa Allah ambil sesuatu yang kita sayang ?
kerana Dia tahu setiap baik dan buruk tentang sesuatu hal

jangan menangis wahai teman 
engkau seorang yang tabah dan kuat
engkau seorang yang periang
jangan habiskan sisa airmatamu itu untuk sesuatu yang telah pergi
ukir kembali senyuman diwajah
supaya kau tampak lebih ceria seperti dulunya


p/s ; sesuatu yang kita sayang tidak semestinya hanya manusia atau harta benda semata, binatang peliharaan juga adalah sesuatu yang paling istimewa jika dia saja merupakan teman dikala kita sunyi yang sudi menemani.

Domain Percuma Dari Encik Kai

in the name of Allah the most gracious and most merciful

click banner untuk join.
sehingga 15 April 2012

Encik Kai mesti bagi saya Domain percuma kerana ;

✔ Domain digunakan sebab mudah diingat.
     so, fatin harap dengan adanya Domain nihh,
     orang akan ingat and boleh jenguk blog fatin dengan mudah.

✔ sejak dari mula fatien berblogging, fatin buat blog untuk tulis ape yang fatin rase.
     sampailah satu tahap fatin dapat menulis entry INI.
     entry ditulis atas ape yang fatin alami.

✔ and lastly, maybe fatin kene rujuk pada Encik Kai sendiri if
     blog fatin sesuai untuk dijadikan Domain atau sebaliknya
     sebab fatin pon tak berapa jelas tentang Domain. terima kasih :)


fatin tag dekat ;



 nama domain yang saya inginkan ;

✔  www.fatynneein.com


Monday 9 April 2012

aku tipu diri sendiri.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

aku tipu diri sendiri
aku berpura gembira sedangkan hati menangis

aku tipu diri sendiri
aku tersenyum tetapi hati aku berduka

aku tipu diri sendiri
aku katakan semuanya baik baik saja walau ianya bercelaru

kerana apa aku menipu ?
kerana apa aku sanggup merasa sakit ?


aku ingin melihat mereka tertawa

aku ingin menjadi penyebab mereka tersenyum

aku cuma ingin menjadi yang terbaik buat semua


Saturday 7 April 2012

tranquil songs ; video.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

i keep playin this song
only one word can describe my feeling ;
tranquil :')




thank you Allah by Maher Zain ;
"Walaupun dosa itu tinggi menggunung sekalipun, 
Allah itu Maha Pengampun terhadap hambaNya." 
Surah Ali Imran, ayat ke-89


written in the star by Tinie Tempah ;
''I had a dream and i tried to chase it. 
i'm not walking, but running to get it''


( yiruma ) river flows in you cover by Sungha Jung
''If there is a road made just for you
That road is right inside your heart''


Tuesday 3 April 2012

andai mereka tahu.

in the name of Allah the most gracious and most merciful


andai aku mampu teruskan dengan pendirian aku


andai aku seorang yang kuat untuk bersuara


untuk tetap dengan matlamat dan pendirian aku


kalau mereka mendengar


dan kalau ade yang membantu dan menyokong


aku mahu mereka tahu


itu adalah harapan aku


harapan yang penuh dengan impian



Sunday 1 April 2012

kenali dunia mereka.

in the name of Allah the most gracious and most merciful

dulunya aku tidak merasa susah
dulunya aku bukan seorang yang bersyukur
dulunya aku seorang yang tiada apa
aku kosong

aku selami hidup mereka
aku pelajarinya dari mereka
aku masuk ke dalam dunia mereka

dunia yang mengajar aku apa iru bersyukur
dunia yang mamperlihatkan tentang kehidupan
dunia yang penuh dengan kasih sayang
Ya ! aku melangkah ke dunia itu

aku melalui liku hidup mereka
setiap hari yang aku lalui terasa puas
puas dek kerana aku telah masuk ke dunia yang berbeza
dunia yang penuh dengan ujian mematangkan diri

tapi kini aku tinggalkan dunia itu
jarak telah memisahkan aku dengan dunia itu
tiada peluang untuk aku kembali ke sana ?

itu teka teki yang tidak bisa aku jawab

impian aku bersama mereka di dunia itu
impian aku bukan sekadar impian
impian aku dari dulu hingga kini

bawa aku ke sana
dunia yang mampu menyamankan seluruh hidupku
bersama mereka yang aku rindui